Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Agong Menitahkan Rakyat Bantu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari...

Gavin Raih Anugerah Pemain...

JAKARTA – Pemain golf nombor satu Malaysia, Gavin Kyle Green menamatkan pencapaian menakjubkan...

Rizab Malaysia Kekal Boleh...

KUALA LUMPUR - Rizab Malaysia kekal boleh guna dan tiada halangan menggunakannya pada...

Peniaga Di Kawasan Banjir...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 987 produk makanan yang telah tamat...

SMK Sultanah Asma Johan Kuiz Pelaburan PNB 2016

SELANGOR – Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia bagi kategori Sekolah Menengah berlangsung di Dewan Seri Melawati, SMK Taman Melawati, Ulu Klang di sini, hari ini.

Pertandingan yang diadakan secara ‘game show’ menyaksikan kemenangan berpihak kepada para peserta dari SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah diikuti SMK Tanghilan, Sabah selaku naib juara manakala SMK Putrajaya Presint 9 (1) menduduki tempat ketiga.

Pertandingan
Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia (Sekolah Menengah) berlangsung secara ‘game show’.

Ketiga-tiga sekolah ini mara ke peringkat akhir selepas mengalahkan 13 sekolah menengah lain yang melangkah ke peringkat separuh akhir, semalam.

Selaku johan SMK Sultanah Asma dianugerahkan piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM8,400 sementara wakil peserta diberi RM3,600 dalam bentuk unit-unit Amanah Saham Gemilang-Pendidikan (ASG-Pendidikan) menjadikan jumlah keseluruhan nilai kemenangan berjumlah RM12,000.

Pserta
SMK Sultanah Asma, Alor Setar menerima hadiah keseluruhan berjumlah RM12,000 selaku juara.

SMK Tanghilan pula membawa pulang piala iringan beserta wang tunai RM5,000 dengan wakil peserta menerima RM3,000 unit-unit ASG-Pendidikan manakala SMK Putrajaya Presint 9 (1) menerima piala iringan dan wang tunai RM2,750 dengan wakil peserta menerima RM2,250 unit-unit AG-Pendidikan.

DSC_1834

DSC_1833


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman

Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia yang diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai Pertandingan Kuiz Pelaburan Paling Lama (2001 – 2014) berlangsung secara serentak di seluruh negara pada Mac lalu. Sebanyak 104,143 pelajar dari 1,545 sekolah menyertainya pada tahun ini, sekaligus mencatat jumlah penyertaan teramai sejak kuiz ini diperkenalkan.

Selain kategori sekolah menengah, Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia turut diadakan bagi kategori Universiti, Badan Beruniform dan Kategori Institut Pendidikan Guru.

Di bawah program pendidikan pelaburan bersepadu jangka panjang bagi menyebarkan manfaat serta kaedah melabur, PNB turut menganjurkan program Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) sejak tahun 2000 dengan rekod 3.3 juta pengunjung, Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia percuma setiap hari sejak 2008 dan Kelab Pelaburan Bijak PNB 1Malaysia sejak tahun 2000, membabitkan 104 sekolah menengah di seluruh negara. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PNB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori