Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adenan Mahu Sarawak Muncul...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mahu kontinjen Sukma Sarawak...

Hutang, Liabiliti Negara RM1.1...

KUALA LUMPUR – Hutang dan liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat akhir tahun...

Shalma Nikah Anak MP...

BEKAS penyampai program HLive, Shalma Ainaa mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan...

Jangan Terpegaruh Dengan ‘Impian...

KUCHING - Rakyat di negeri ini tidak sepatutnya terpengaruh dengan 'Impian Sarawak' yang...

Sos Cili ‘Berbisa’ Pedas Umpama Gigitan Labah-Labah

JIKA anda seorang yang boleh menahan kepedasan, satu sos cili baharu memberi cabaran berbeza buat citarasa itu.

Produk tersebut dinamakan Scientific Steve’s Venom Chilli Sauce (Sos Cili Berbisa Saintifik Steve).

Ia merupakan sos pedas yang dibangunkan bagi meniru gigitan labah-labah berbisa.

Ini terutama taring labah-labah tarantula Trinidad Chevron yang akan membuatkan mangsa merasai ‘kekejangan otot dan kesakitan terbakar’.

Pencipta di sebalik sos baharu ini adalah firma penyelidikan, Venomtech yang berpangkalan di Kent, England.

Jangan bimbang, berdasarkan pemeriksaan Agensi Piawaian Makanan, tiada bahan labah-labah tarantula yang sebenar bagi menghasilkan sos tersebut.

Sebaliknya, mereka menggunakan ‘bisa sintetik’.


Pengasas dan pengarah urusannya, Steven Trim, 41, berkata: “Kita dapat melakukannya dengan terbaik, tanpa rasa bisa yang sebenar.

“Rasanya seperti komponen haba yang akibat daripada bisa.

“Saya ketawa ketika itu dan memberitahu ia lucu untuk melakukannya. Tiada siapa yang bodoh mahu mencuba bisa.

“Kita akhirnya menghasilkan idea untuk melakukan sos berinspirasikan sintetik,” tambahnya. – Mirror UK

Kategori