Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Parlimen Indonesia Setuju Sahkan...

KUALA LUMPUR - Parlimen Indonesia bersetuju untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

2 Wanita Trauma Dirompak...

BUKIT MERTAJAM - Dua wanita bukan sahaja kerugian ribuan ringgit malah trauma bila...

Penumpang Pesawat Terakam Gambar...

Ini mungkin menjadi perjalanan yang tidak akan dilupakan oleh pengembara ini kerana dapat...

Zombie La La La:...

ERMA Fatima boleh dikatakan seorang pengarah yang berani menampilkan wajah-wajah baharu bagi membintangi...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif untuk pembangunan sosial membabitkan sokongan emosi dan intelek dalam kalangan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Abdul Razak Amin, berkata pihaknya menyasarkan 50 hingga 100 remaja B40 berusia 15 hingga 17 tahun bakal menyertai program rintis yang dijadualkan bermula awal tahun depan.

Bagi peringkat awal, katanya, SSI menyasarkan peserta dari Lembah Klang, bersama sokongan rakan strategik dan pihak luar untuk membantu dari segi penajaan.

Melalui program itu, beliau berkata, peserta akan diberi pendedahan kemahiran, di samping penerapan sikap kasih sayang kepada diri dan memperbaiki sahsiah serta akhlak yang secara tidak langsung dapat memberi impak kepada pembentukan masyarakat yang positif.

“SSI akan memulakan pelaksanaan program ini pada awal tahun depan. Justeru, orang ramai diseru menyalurkan dana untuk membantu menjayakan inisiatif ini.

“Pemulihan modal insan ini penting bagi memperkasakan golongan B40 dengan konsep ‘Jiwa Tenang’ menerusi program yang sistematik dan saintifik,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program itu, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, SSI turut mengumumkan pelantikan pakar mata dan motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, sebagai Penasihat SSI.


Selain itu, projek berkenaan mendapat sokongan rakan strategik, termasuk Muhayya Momentum, Muhayya Magical, Philandure dan Super7amClub.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan perkongsian ilmu bersama selebriti, Datuk Nora Ariffin.

Sebagai organisasi yang memfokus ke arah impak sosial, Abdul Razak berkata, SSI memainkan peranan membantu menangani masalah sosial dalam kalangan masyarakat yang terkesan.

Selain remaja, beliau berkata, SSI turut menyasarkan golongan wanita dan institusi kekeluargaan sebagai ejen penting bagi membentuk masyarakat positif serta produktif.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori