Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Pesawat Mendarat Cemas, Penumpang...

PARIS - Seorang penumpang warga Britain yang mabuk cuba membuka pintu pesawat ketika...

Salur Aduan Kepada Pihak...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan orang ramai agar mengenal pasti...

Harga RON97, RON95 Dan...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada...

Kaji Semula Potong Gaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengkaji semula pelaksanaan pemotongan gaji secara automatik bagi...

Stesen HSR Tetap Dibina Di Bandar Malaysia

PUTRAJAYA – Stesen keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tetap akan dibina seperti perancangan asal meskipun kerajaan masih belum memutuskan sama ada hendak meneruskannya atau tidak, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, kerajaan merancang untuk meneruskan projek rel berkenaan tetapi masih mencari kelajuan bersesuaian supaya dapat mengurangkan kos.

Semasa kerajaan Barisan Nasional mengumumkan projek tersebut, kosnya adalah sekitar RM55 bilion bagaimanapun angka tersebut dibangkang oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan terdapat banyak kos tersembunyi sehingga menyebabkan pembinaan projek HSR itu mungkin menelan belanja sehingga RM110 bilion.

“Kami akan meneruskan projek tersebut tetapi masih mencari kelajuan yang bersesuaian. Tidak perlulah mempunyai keretapi berkelajuan 400km sejam.

“Jika anda bergerak dengan kelajuan 400km sejam, anda mungkin boleh sampai ke Alor Setar, jadi kami akan mengkaji berapa kelajuan yang paling sesuai untuk projek ini supaya kosnya dikurangkan,” kata Perdana Menteri semasa sidang media di sini hari ini.


Tegas Mahathir, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi kos HSR terlalu tinggi.

Dengan itu, kerajaan katanya mempertimbangkan untuk mengurangkan skala projek dan melakukan beberapa penyesuaian supaya dapat mengurangkan kos, termasuk menerusi pengurangan kelajuan tren.

Kategori