Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bajet 2022: Baucar Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun...

Hanya Tinggal 0.9 Peratus...

KUALA LUMPUR - Hanya tinggal 0.9 peratus sahaja lagi capaian suntikan vaksinasi populasi...

Pahang Hargai MFL Tunda...

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan...

OPR Turun Petunjuk Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR)...

Mira Filzah Melaram Dengan 20 Helai Baju Raya

INGATKAN Che Ta dan Zain Saidin sahaja yang melaram dengan ratusan helai baju raya setiap tahun, rupanya pelakon dan model Mira Filzah pun mahu bergaya sakan juga!

Kata Mira, dia bakal menggayakan lebih 20 pasang baju raya sepanjang Syawal ini.

Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini berkata, baju-baju tersebut ditaja oleh jenama tekstil terkenal, Ariani apabila dia dilantik menjadi duta jenama itu.

“Alhamdulillah, tahun ini saya tidak perlu beli baju raya kerana ditaja oleh Ariani. Bolehlah digayakan sepanjang Aidilfitri nanti,” katanya kepada portal mStar Online.

Bercerita tentang Aidilfitri, pelakon berusia 24 tahun ini memberitahu sudah sepakat dengan keluarganya untuk menggayakan pakaian berwarna sama.

“Setiap tahun kami akan menempah baju daripada kain yang sama sekeluarga. Ia menjadikan ia lebih meriah dengan semangat dan keterujaan untuk sambutan tersebut.


“Tahun ini masih mengekalkan tema warna tetapi kain lain-lain, mereka tahu saya sudah ada baju sendiri,” ujarnya.

Mira yang beraya di Perak memberitahu kuih kegemarannya ialah wajik dan seri muka yang dibuat oleh keluarga sebelah ayahnya.

“Setiap tahun kuih wajib yang pasti akan ada ialah wajik dan seri muka, ia memang kuih kegemaran kami sekeluarga. Susah nak cakap sedap kuih itu lain macam,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=49rB10cBsec

Kategori