Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Datuk Sarang Burung Walit...

KLANG - Seorang pengarah syarikat pemprosesan sarang burung walit bergelar 'Datuk' yang diberkas...

“Fizo Telefon Ayah Minta...

KUALA LUMPUR - Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui...

Remaja Miliki Waran Tangkap...

LUMUT - Lapan penunggang motosikal termasuk seorang remaja berumur 17 ditahan polis dalam...

Rekod Pelanggan Memadai Ada...

KUALA LUMPUR - Maklumat nama dan nombor telefon sudah memadai untuk dimasukkan dalam...

Strategi Tok Mat Beri Kemenangan Besar BN

BERKESAN… Rahsia strategi Datuk Mohamad Hasan akhirnya bunuh segala percaturan Pakatan Harapan (PH) apabila BN letak Ramli Mohd. Nor sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Bekas pegawai polis itu dalam PRK kali ini berjaya dapat majoriti paling tinggi berbanding tiga Pilihan Raya Umum (PRU) yang diwakili calon dari MIC iaitu 12,038 undi, manakala M Manogaran hanya raih 8,800 undi sahaja.

Sementara dua lagi calon bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat undi 314 dan 276. BN sebelum itu mengunakan strategi mengaburi mata pihak lawan dengan meletakkan Datuk T Murugiah.

Beliau sebenarnya antara calon yang bakal dipilih, bagaimanapun pada saat akhir BN secara konsensus bersetuju untuk memilih anak Orang Asli sendiri yang mempunyai taraf pendidikan dan jawatan tinggi dalam polis.

Mohamad yang mesra disapa sebagai Tok Mat ketika ini memangku jawatan Timbalan Pengerusi BN, ternyata jauh lebih berpengalaman selepas parti tersebut melalui tiga kali PRK kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Untuk rekod, BN tidak bertanding pada PRK yang keempat di kerusi Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan dan dimenangi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda protes ke atas PH salah guna proses demokrasi.

Ironi, PH yang terpedaya dengan percaturan asal Tok Mat itu akhirnya memutuskan untuk kekalkan Manogaran sebagai calon ‘kitar semula’ walaupun terima tentangan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


DAP yang berkeras malah enggan dengar nasihat jujur Pengerusi PH tersebut dengan terus letakkan Manogaran itu akhirnya terbukti tersalah langkah, sekali gus beri kemenangan majoriti besar kepada calon BN menang bergaya.

Kemenangan di luar dugaan ini juga mungkin adalah isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat mula tolak dan tentang pentadbiran rejim hari ini berikutan segala janji dan manifesto yang dilaungkan langsung tidak ditunaikan.

Malahan, tidak mustahil PRK yang berlaku selepas ini juga iaitu DUN Semenyih dan Rantau; mampu beri kemenangan luar jangka kepada BN, tambahan lagi hasil kerjasama padu dengan PAS. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori