Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kekasih Terbaru.. Remy Ishak...

PASTINYA perkhabaran ini mampu meremukkan hati sebilangan peminat setia pelakon macho Remy Ishak.Ini...

MAS: Tony Enggan Campur,...

PIHAK lain tidak perlu masuk campur dalam urusan isu pengambilalihan syarikat MAS oleh...

Puluhan Ribu Orang Ziarah...

KOTA BHARU - Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk...

Isu Azam Baki: Lalitha...

KUALA LUMPUR: Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam hadir...

Suami Disyaki Bunuh Isteri Sebelum Gantung Diri

TASEK GELUGOR – Seorang wanita yang ditemukan mati di dalam bilik yang disewa mereka di sebuah rumah di Jalan Pokok Machang di sini semalam disyaki dibunuh suaminya, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya berdasarkan laporan bedah siasat pakar patologi Hospital Seberang Jaya (HSJ), wanita berumur 27 tahun itu maut selepas dilemaskan dengan sengaja menggunakan objek lembut seperti tuala atau bantal, sebelum mayatnya ditemukan kira-kira pukul 9.20 pagi.

“Wanita ini dipercayai mati antara 24 jam dan 36 jam sebelum dijumpai oleh pemilik rumah itu dalam keadaan terbaring di atas katil, diselimut hingga ke paras dada dengan mukanya bengkak, mulutnya berdarah dan ditutupi sehelai tuala kecil berwarna putih,” katanya di sini.

Sementara itu, suaminya yang berumur 31 tahun ditemukan mati dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut kain sari yang dililit pada kayu kekuda bilik yang sama dan bedah siasat ke atasnya akan dibuat di HSJ hari ini.

“Kes ini kini disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai pembunuhan dilakukan oleh si suami wanita itu namun motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya tanpa mendedahkan identiti penuh kedua-dua si mati.

Noorzainy berkata, adik lelaki kepada suami wanita yang turut tinggal bersama mereka berkata dia melihat kakak iparnya pada kali terakhir sebelum kejadian itu ialah kira-kira pukul 9.30 malam Sabtu lepas, sementara abangnya pada pukul 9 malam hari berikutnya.


“Pemilik rumah berkenaan turut memaklumkan pernah nampak pasangan suami isteri yang bekerja operator kilang dan kelindan lori itu bergaduh mulut tetapi tidak begitu serius sepanjang sebulan mereka menyewa di rumahnya,” katanya.

Noorzainy meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Kategori