Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemberontak Komunis Terkenal Filipina...

Davao (Filipina) - Ketua pemberontak komunis terkenal Filipina mati ditembak pasukan khas tentera...

TMJ Dilantik Pemangku Raja...

ISKANDAR PUTERI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor,...

Tebusan Sydney: 3 Terbunuh...

SYDNEY - Dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh apabila polis...

PH Baru Lanjut Tol...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan baru...

“Suami Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah

TUN Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan bahawa beliau tidak bertudung kerana dilarang oleh suaminya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan isu kontroversi larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan oleh sesetengah hotel di negara ini.

“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Baca: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing

Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan biadab hotel itu, Siti Hasmah menjawab:

“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan. Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.

“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yang berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.

“Tengok macam Perancis,” kata Siti Hasmah lagi. – www.malaysiakini.com

Kategori