Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

Sah Nikah Sabtu Ini,...

SEBELUM ini, kecoh apabila keakraban Fahrin Ahmad bersama aktres, Izreen Azminda menimbulkan persoalan...

Kempen Merdeka Giant Tawar...

KUALA LUMPUR - Rangkaian hypermarket keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan kempen “Tawaran Hari...

Kembalikan UMNO Ke Landasan...

KEPUTUSAN Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak...

Dipeluk Jasad Ayah, 2...

TRAGIS apabila seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya...

Suasana Muram Ekonomi, Pasaran Saham Mungkin Jejas ASB

KUALA LUMPUR – Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia sering memberi pulangan lumayan kepada pelaburnya.

ASB dijangka mengumumkan agihan pendapatan Rabu ini dan seperti biasa, pelabur pastinya mengharapkan keistimewaan daripada tabung yang ketika ini memiliki 10 juta pemegang unit.

Persoalannya dalam persekitaran hari ini yang mana keadaan politik, ekonomi dan perdagangan di dalam dan luar negara amat berbeza berbanding 20 tahun lalu, adakah ASB yang melabur kira-kira 70 peratus dananya dalam pasaran ekuiti masih mampu memberi pulangan yang sama seperti dahulu?

Sepanjang lima tahun yang lalu, dalam keadaan di mana KLCI memberi pulangan negatif pada 2014, 2015, 2016 dan 2018, ASB kekal memberi pulangan tahunan purata sekitar tujuh peratus berbanding pulangan purata deposit tetap sebanyak 3.6 peratus untuk tempoh simpanan setahun.

Justeru, dalam keadaan di mana pasaran saham tempatan masih terus mencatatkan aliran negatif tahun ini, adakah ASB mampu memberi agihan pendapatan seperti diharapkan pelabur ketika unit amanah lain kendaliannya seperti ASM 3 yang hanya memberi pulangan lima peratus.

Pasaran saham tempatan ketika ini berada pada paras antara 1,500 hingga 1,600 mata dan antara faktor penyumbang utama ialah ketidakpastian serta keyakinan pelabur yang terjejas akibat faktor luar kawalan seperti perang dagang antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Maybank dalam Laporan Asean Macro Year Ahead, Economic, Equity, Fixed Incomed & FX yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan bahawa ketegangan akibat perang dagang antara AS dan China dijangka akan terus berlanjutan walaupun ketika ini kedua-dua negara sedang menyambung perbincangan mengenai kadar tarif yang perlu ditetapkan dan ini memberi harapan dan prospek yang lebih untuk perjanjian perdagangan.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ASB tidak boleh lari daripada menerima kesan dari sebarang pergerakan yang berlaku dalam pasaran saham atau perubahan ekonomi dalam dan luar negara.

“Ini kerana sebahagian besar pelaburan ASB adalah berbentuk ekuiti atau saham,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pulangan yang diberikan ASB agak menurun, namun pelabur perlu sedar bahawa ASB masih memberi pulangan yang lebih baik berbanding pelaburan lain.

“Bukan hanya pulangan ASB yang terjejas, tetapi juga instrumen pelaburan lain yang turut menjadikan pasaran saham sebagai destinasi pelaburan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi pelabur yang telah melabur dalam ASB sejak 1990, mereka telah menikmati pulangan yang tinggi walau pernah berlaku krisis ekonomi dan kewangan sebelum ini.

“Keistimewaan ASB ialah ia masih mampu memberi pulangan positif yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan lain. Jika pasaran saham dan ekonomi kembali pulih, saya meramalkan pelabur juga akan menikmati pulangan yang lebih baik,” katanya.


ASB dalam laporan tahunan 2018 menyatakan bahawa tabung itu boleh melaburkan sehingga 90 peratus daripada nilai tabungnya dalam pasaran ekuiti dan selebihnya dalam sekuriti berpendapatan tetap dan instrumen pasaran wang termasuk aset mudah tunai.

Jika dilihat kepada senario hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pengurus dana seperti PNB perlu menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini ketika senario ekonomi dan perdagangan dunia lebih stabil.

Bagaimanapun keistimewaan ASB ialah pelabur tidak perlu bimbang akan kehilangan modal kerana ASB ditawarkan pada harga tetap.

Ini bermakna, pelabur menanggung risiko pelaburan yang sangat rendah, tetapi masih berpeluang menikmati pulangan yang baik.

Ahmed Razman berkata, pelabur yang melabur dalam ASB tidak akan rugi kerana harga beli dan jualnya kekal pada RM1. Hanya jika ASB memberi pulangan negatif, barulah pelabur rugi.

“Selagi ASB memberi pulangan lebih baik berbanding inflasi semasa, selagi itulah pelabur masih untung dan dapat melindungi nilai wang mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, pelabur juga perlu membuat perbandingan yang sesuai apabila membandingkan pulangan yang diterima daripada ASB dan instrumen pelaburan lain.

“Pelabur perlu faham ASB ialah unit amanah dan sepatutnya pelaburan adalah untuk jangka panjang.

“Untuk membandingkan ASB dengan pulangan Bank Rakyat contohnya adalah tidak tepat kerana Bank Rakyat adalah bank koperasi manakala ASB ialah unit amanah dengan kedua-duanya mempunyai struktur ahli dan punca pendapatan yang berbeza.

“Begitu juga jika perbandingan dibuat dari segi pulangan tahunan antara ASB dan pelaburan lain yang mempunyai ciri yang hampir sama seperti deposit tetap, akaun simpanan dan pasaran saham, ASB sebenarnya pemberi pulangan paling tinggi kepada pelabur sejak lima tahun lalu,” katanya. – BH Online

Kategori