Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara umum seperti yang dilaksanakan sekarang.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata langkah itu akan mengurangkan beban kewangan Tabung Haji (TH) yang perlu menanggung subsidi haji hampir RM380 juta setahun dan pada masa sama, dapat memberikan subsidi kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Agama dan Rahmatan Lil Alamin PH, berkata sudah tiba masanya subsidi haji dinilai semula, terutama ketika kos haji pasca pandemik COVID-19 dijangka meningkat kepada RM30,000.

“Mekanisme bagi subsidi bersasar ini perlu diberikan supaya mereka yang memerlukan subsidi untuk melaksanakan haji ini ialah yang kurang berkemampuan, selain kita tidak mahu TH menanggung beban kerana semua mendapat subsidi.

“Isu kos haji meningkat ini tidak perlu dijadikan isu politik kerana ia akan menimbulkan kebimbangan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan menjangka kos mengerjakan haji meningkat kepada lebih RM30,000, peningkatan sehingga 50 peratus berbanding RM23,000 sebelum ini.

Katanya, peningkatan itu disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) diperkenal kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya, selain penambahan kos bagi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, susulan pandemik COVID-19.

Ketika ini, jemaah haji Malaysia hanya perlu membayar RM9,980 untuk mengerjakan ibadah, manakala bakinya ditanggung TH.


Mujahid berkata, beliau pernah membawa isu subsidi haji ke Kabinet ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2019, susulan kos subsidi berkenaan tidak pernah dinilai sejak 2009, sedangkan kos sebenar haji meningkat setiap tahun, iaitu dari kira-kira RM12,000 pada 2009 kepada kira-kira RM22,000 pada 2019.

“Kita sudah bentangkan dan buat mekanisme seperti jumlah pendapatan (bakal jemaah) dan simpanan dalam TH. Cuma Kabinet pada waktu itu menganggap, kita perlu buat perkara ini secara berperingkat dan memberi penerangan yang kos subsidi haji ini perlu dinilai semula.

“Kita sudah ada rancangan bagaimana mahu mendidik orang ramai bahawa kebergantungan kepada subsidi bagi mereka yang layak itu tidak wajar dan hanya diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.

“Ini akan mengambil masa dan jika mahu tukar secara mendadak, memang ada kesan. Namun, hari ini peluang terbaik apabila isu pandemik berlaku,” katanya.

Beliau meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad untuk menilai cadangan itu.

“Apabila hanya kenaikan kos kepada RM30,000 diumumkan tanpa ada mekanisme, ia hanya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...