Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kekalkan Perpaduan, Mentaliti Menang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Kematian Akibat COVID-19 Melebihi...

BEIJING - Kadar kematian akibat coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang hari ini selepas...

Padah Cuba Mencuri, Wanita...

SEORANG wanita berusia 40 tahun menerima habuan di atas cubaan mencurinya apabila dimalukan...

Rusia Isytihar Perang Ke...

KIEV - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengarahkan tenteranya melakukan satu operasi...

Sufian, Elfira Bertunang Oktober Ini

AKTRES bermata cantik, Elfira Loy mengumumkan bakal bertunang dengan kekasih hatinya, Sufian Suhaimi pada Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, ini turut mendedahkana bahawa majlis pertunangannya akan diadakan di rumahnya di Cheras.

“Insya-Allah kami akan bertunang Oktober ini, cuma tarikhnya belum ada.

“Ayah kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Elfira mengakui dia masih belum membuat sebarang persiapan lagi meskipun berbaki lebih kurang sebulan sahaja lagi menjelang hari bahagianya itu.

“Berdebar juga rasanya sebab tidak pernah melalui situasi seperti ini,” katanya.


Sebelum ini, pelakon drama Waktu Rehat ini dirisik keluarga Sufian, Jun lalu.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Sufian dan Elfira kerana serius menghalalkan hubungan mereka meskipun masih muda. Kami pasti ramai jejaka di luar sana yang patah hati mendengar berita ini! – MYNEWSHUB.CC

Kategori