Tuesday, December 10, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Melaka Beransur...

MELAKA - Situasi banjir di Melaka beransur pulih dengan hanya tinggal 49 mangsa...

MP Gesa PAC Siasat...

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu mempertimbangkan...

Bicara Kes Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri...

EPL: West Brom Pecat...

LONDON - Kelab Liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion sudah memecat pengurus pasukan,...

Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang

TANDA tanya besar mengenai hubungan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy akhirnya terjawab apabila ibu aktres tersebut, Filzah Yusoff mengesahkan bahawa pasangan itu sudah putus.

Memetik laporan portal tempatan BH Online, Filzah memaklumkan bahawa ikatan tali pertunangan pasangan tersebut baru sahaja terlerai.

Pun begitu, Filzah enggan mengulas lanjut berhubung hal itu sebaliknya memberitahu sebagai seorang ibu, dia percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.

“Tiada apa perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira menemui keluarga Sufian untuk selesaikan urusan mengikut adat.

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan urusan jodoh.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan lelaki jujur, beriman dan tahu jalan tanggung jawab sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” kata Filzah.

Sementara itu, sumber melaporkan usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Sufian berhubung hal ini menemui kegagalan dan masih lagi tidak berhasil.

Sufian dan Elfira bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan selebriti itu bakal melangsungkan perkahwinan mereka sekitar awal Mac depan.

Bagaimanapun, status pertunangan pasangan itu mula menjadi buah mulut netizen sejak Disember tahun lalu apabila mereka dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama seperti mana ketika hangat bercinta.

Baca: Unfollow Instagram, Sufian Nafi Gaduh Dengan Elfira

Juga: Elfira Akui Tempuh Banyak Dugaan Bertunang


Ekoran itu, ramailah ‘mak cik bawang’ kat luar sana yang mula mengesyaki bahawa pasangan ini mempunyai masalah dalam perhubungan mereka.

Bagaimanapun, pasangan ini menepis spekulasi itu sebaliknya mengakui hubungan mereka juga menempuh dugaan terutama daripada orang di sekeliling.

Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus yang mengatakan bahawa pasangan ini sudah putus tunang.

Lagi: Status Hubungan Sufian, Elfira Loy Jadi Tanda Tanya

Serta: Elfira ‘Sound’ Pengikut Pertikai Isu ‘Show Off’ Di IG

Malah terdapat beberapa sumber melaporkan, penampilan Sufian yang kelihatan ‘tidak terurus’ pada acara AJL dan tindakannya yang sering meluahkan rasa sedih melalui laman sosial menguatkan lagi spekulasi itu

Pun begitu, Elfira dalam satu entri yang dimuat naik menerusi Instagramnya semalam, meminta peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori