WALAUPUN tidak mengesahkan hubungan mereka secara rasmi, namun keakraban penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy ibarat pasangan yang sedang hangat bercinta.
Sebelum ini kedua-duanya turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran masing-masing dengan cara yang cukup sweet sehinggakan peminat turut merestui perhubungan mereka sekiranya betul-betul bercinta.
Namun begitu, semalam menerusi laman Twitter, seorang netizen ada berkongsikan kisah mengenai isterinya diganggu oleh penyanyi lagu Terakhir itu menerusi aplikasi perbualan Bigo.
Lelaki yang dikenali sebagai Haziqrefff itu menulis panjang lebar di laman sosialnya itu menerangkan perkara yang berlaku seperti yang didakwanya.
Di bawah ini merupakan penjelasan Haziqrefff yang mendakwa Sufian menganggu isterinya..
Nah, anda bacalah sendiri…
Sorry suasa yang bising dengar suara anak-saudara tengah main dekat kawasan tengah vid call. So, suara tak berapa jelas pic.twitter.com/zJKyPJx4cv
— HUSBAND&WIFE (@HaziqRefff) 10 June 2017
Menyedari namanya hangat diperkatakan, Sufian lantas menulis di laman Twitter menafikan dirinya mempunyai akaun Bigo dan WeChat seperti mana didakwa lelaki tersebut.
Ketika ditanya seorang netizen mengenai paparan video call yang dikatakan mirip dirinya, Sufian mengatakan video itu diambil dalam Instagram Live-nya sebelum ini.
Sementara itu, menerusi Instagram Story, Sufian ada memuat naik gambar di hadapan sebuah balai polis namun tidak menulis apa-apa penjelasan lanjut berhubung perkongsian foto tersebut. – MYNEWSHUB.CC