Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Skuad Hoki Negara Tewas...

JOHOR BAHRU - Skuad Projek 2016 masih belum mendapat ilham untuk mencari kemenangan...

Suami Dikelilingi Wanita Cantik,...

PELAKON kecil molek, Wawa Zainal mengakui dia serba sedikit berasa terganggu apabila suaminya,...

Festival Simfoni Gamelan Gilap...

KUALA LUMPUR - Festival Simfoni Gamelan anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) menyasarkan penghasilan...

Khairy Ajak Orang Ramai...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyeru agar orang ramai...

SUKE: Pengguna Mungkin Terdedah Malapetaka

ALIRAN trafik di Lebuhraya Linkaran Tengah Dua (MRR2) dari arah Hulu Kelang menghala ke Ampang setakat tengah hari tadi sesak dipenuhi kenderaan namun ia masih dilihat terkawal.

Tinjauan penulis sekitar jam 3 petang tadi mendapati keadaan di semua lorong sudah dibuka dan kren yang tumbang di Kilometer 25.5 berhampiran Dataran Ukay semalam sudah dialihkan dari lorong terbabit.

Dapat diperhatikan juga kerja-kerja pembinaan Projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di beberapa kawasan khususnya di lokasi insiden Kren tergelincir masih diteruskan seperti biasa.

Perkara ini membuatkan penulis tertanya-tanya, mengapa pihak pemaju iaitu Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) seakan tidak mengambil pengajaran daripada kejadian semalam?

Ini kerana, masih tiada tanda-tanda pembinaan benteng penghalang tinggi yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko daripada kejadian sama berulang.

Tidak setakat itu, lokasi penempatan beberapa jentera kren yang lain juga juga seakan diletakkan di permukaan tanah yang tidak stabil dan bercurun.

Ini secara jelas memaparkan sikap pemaju atau kontraktor pembinaan yang ambil mudah dan boleh dikategori gagal mematuhi operasi standard (SOP) kesalamatan yang telah ditetapkan.


Pemerhatian lanjut penulis seterusnya mendapati keadaan di beberapa lorong juga sedikit mengelirukan ekoran penggunaan garisan pemisahan yang agak serabut dan tidak terang.

Di kawasan jejambat (flyover) berdekatan Zoo Negara contohnya boleh membuatkan pengguna jalan raya yang memandu di waktu malam, tidak perasan dengan lencongan lorong kiri lorong terbabit.

Selain itu, keadaan jalan yang sedikit berbongol dan berlubang akibat dilalui kenderaan berat di sekitar kawasan pembinaan SUKE juga menyukarkan para pengguna yang terpaksa meredahnya pada setiap hari.

Terdahulu, insiden kren tergelincir berhampiran Dataran Ukay semalam telah mengakibatkan kesesakan selama 12 jam di lebuh raya terbabit dan pihak Prolintas telah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Menurut mereka, jaminan keselamatan serta keselesaan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan lebuhraya terbabit adalah menjadi keutamaan syarikat itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori