Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Puisi Kemarahan Mutlak Mufti...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Vorteks Kutub: Pelajar Malaysia...

PUTRAJAYA - Education Malaysia Chicago mengesahkan kesemua pelajar Malaysia di sekitar Midwest, Amerika...

TMJ Bayar Zakat RM1...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat...

“Darurat Batal Atau Tidak,...

KUALA LUMPUR - Penjelasan mengenai polemik pembatalan Ordinan Darurat hanya akan dibuat pada...

Sultan Brunei Pulangkan Ijazah Kehormat Oxford

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat yang dianugerahkan kepada baginda oleh Universiti Oxford Britain.

Pemulangan semula ijazah berkenaan dilakukan baginda selepas pusat pengajian berkenaan menyatakan kebimbangan mengenai undang-undang syariah yang diperkenalkan oleh Brunei terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Universiti Oxford mengesahkan perkara itu dan memberitahu Sultan Brunei membuat keputusan terbabit pada 6 Mei lalu sebelum diumumkan semalam.

Baginda dianugerahkan ijazah tersebut pada 1993

Pentadbiran Sultan Hasanal Bolkiah sebelum ini menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas mengumumkan pelaksanaan hukuman dalam undang-undang syariah pada 3 April lalu.

Undang-undang yang diperkenalkan itu menggariskan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah khalwat dan amalan seks songsang.


Susulan itu, selebriti antarabangsa seperti George Clooney dan Elton John mengecam tindakan berkenaan serta menggesa seluruh dunia memboikot rangkaian hotel yang dimiliki Sultan Brunei.

Bagaimanapun, bagi meredakan keadaan, baginda berkata, hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam pelaksanaan perubahan kanun jenayah.

Media antarabangsa juga sebelum ini melaporkan hampir 120,000 orang menandatangani petisyen mendesak supaya universiti tersebut menarik balik ijazah kehormat undang-undang yang dinaugerahkan kepada Sultan Hassanal Bolkiah. – Agensi

Kategori