Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Gambar Keluarga ‘Homoseksual’ Dalam...

Sekali pandang, mungkin ramai yang tidak perasan 'keanehan' pada gambar rajah yang dikatakan...

VIDEO: Comel.. Orang Utan...

SEEKOR orang utan jantan yang tinggal di The Myrtle Beach Society di South...

Audit Kurangkan Risiko Kebakaran...

MIRI – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan agar audit keselamatan...

Maszlee Ucap Selamat Berjaya...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengucapkan selamat berjaya...

Sultan Ibrahim Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anggota kerabat diraja Johor di Makam Diraja Mahmoodiah, Jalan Mahmoodiah, dekat sini, hari ini.

Lawatan itu, bersempena setahun kemangkatan anakanda baginda, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati pada usia 25 tahun.

Keberangkatan tiba baginda di perkarangan makam berkenaan pada 8.10 pagi tadi, disambut oleh Imam Makam Diraja, Masri Sapiran @ Sapuan dan Penolong Imam Makam Diraja Azhari Tarpani.

Upacara dimulakan dengan bacaan surah Yasin diikuti bacaan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, surah al-Falaq dan al-Nas sekali, sebelum diakhiri dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa.

Baginda sultan kemudiannya menyiram air mawar dan menabur bunga di makam berkenaan. Sultan Ibrahim dilihat sebak dan beberapa kali mengesat air mata sebelum menyiram air pada makam anakanda baginda.

Dalam pada itu, Masri, 45 berkata, baginda sering menziarahi Makam diraja ini dan akan meluangkan masa hampir setengah jam menziarah makam Almarhum Tunku Abdul Jalil.


“Kebiasaannya, baginda akan tiba di perkarangan makam pada 8.00 pagi atau 9.10 pagi setiap hari kecuali baginda ada urusan di luar negara.

“Saya melihat Tuanku Sultan Ibrahim sebagai seorang yang amat penyayang, dan baginda juga amat disayangi rakyat Johor tanpa mengira latar belakang dan bangsa,” katanya ketika ditemui Bernama di Makam Diraja Mahmoodiah.

Masri telah bertugas selama 25 tahun sebagai Imam Makam Diraja dan pernah berkhidmat dengan ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, pada usia 77 tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori