Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Chelsea Garang Baham Swansea;...

LONDON - Chelsea bertindak garang apabila membelasah Swansea City 5-0 dalam saingan Liga...

Gugur Kali Ketiga, Azza...

Bekas anggota kumpulan vokal Elite, empunya nama Nor Azzarima Zawari, 35, atau Azza terpaksa menerima...

IPhone6 Jadi Ukuran Sama...

TERDAHULU, media sosial di China heboh dengan trend pinggang ramping selebar kertas A4,...

DOSM Sasar 30% Proses...

SUNGKAI - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus proses Banci Penduduk...

Sultan Ismail Petra Dekat Di Hati Rakyat

KOTA BHARU – Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan ke-28 yang sangat dekat di hati rakyat sepanjang pemerintahan baginda.

Baginda memerintah Kelantan bermula 30 Mac 1980 sehingga September 2010 setelah disahkan gering ketika itu dan digantikan putera sulungnya, Tengku Muhammad Faris Petra, yang kini bergelar Sultan Muhammad V.

Selama memerintah, baginda begitu banyak mendekatkan diri de­ngan rakyat sebagai payung yang menjadikan rakyat berbilang kaum di negeri ini hidup dalam keadaan bersatu padu.

Sultan Ismail Petra mengalami strok sejak 14 Mei 2009. Berikutan itu baginda diberi rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Kerajaan Negeri Kelantan kemudiannya melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

Bagaimanapun apabila gering ba­ginda berterusan, panel pakar memutuskan baginda telah tidak mampu menjalankan tugas untuk memerintah negeri dan memutuskan putera sulungnya itu sebagai sultan yang baharu.


Melalui perkahwinan baginda de­ngan Tengku Anis, baginda dianugerah empat cahaya mata iaitu Tengku Muhammad Faris Petra (kini Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad V) Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kini Tengku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Almarhum Sultan Ismail Petra merupakan seorang Sultan yang sangat menghargai serta menghormati golongan ulama dan agamawan.

Beliau berkata, pelantikannya sebagai Mufti negeri contohnya menzahirkan kepercayaan tinggi baginda biarpun Mohamad Shukri sendiri merasakan banyak lagi tokoh agama yang lebih hebat.

Kategori