Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Graduan ILP Disaran Jadi...

SERDANG - Graduan Institusi Latihan Pertanian (ILP) disaran menjadi ejen mentransformasikan sektor pertanian...

KPM Akan Beri Pertimbangan...

TELUK INTAN - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menerima cadangan daripada Persatuan Ibu...

Sistem Perlu Dalam Kes...

KUCHING - Satu sistem yang menyeluruh lagi kondusif bermula dari aspek pencegahan, pembanterasan,...

Ahli Perniagaan Mati Ditembak...

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan ditemui mati ditembak dalam kenderaannya dalam kejadian...

Sultan Johor Kunjungi Kediaman Exco Pelancongan

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan keluarga diraja Johor berkenan berangkat mengunjungi kediaman Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong, sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Setia Tropika, di sini.

Sultan Ibrahim tiba pada kira-kira 10.15 pagi bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat, dua anakanda baginda Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta menantu baginda, Dennis Muhammad Abdullah.

Ketibaan keluarga diraja disambut tarian singa dengan iringan paluan gendang dan kompang sebelum bergambar kenangan bersama Tee dan isteri, Datin Lee Choon Guek, keluarga serta saudara-mara.

Sultan Ibrahim turut berkesempatan menyempurnakan kaligrafi satu pepatah Cina “Jia He Wan Shi Xing” yang bermaksud “Keluarga Harmoni, Segala Urusan Akan Berjaya” sebelum menyertai majlis santapan.

Sebelum beredar kira-kira sejam kemudian, baginda sempat merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina buat semua rakyat Johor yang menyambutnya.

“Bersatulah semua rakyat. Baik India, Cina, Melayu, semua Bangsa Johor. Bersatulah kalau hendak maju. Kalau kita berpecah, maka, mundurlah Johor,” titah baginda.


Sementara itu, Tee berkata keberangkatan Sultan Ibrahim dan keluarga diraja ke kediaman beliau merupakan kali kedua selepas 2016 dan beliau sekeluarga merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim sekeluarga yang sudi meluangkan masa.

Beliau berkata Bangsa Johor sangat bertuah kerana memiliki konsep “Muafakat Bangsa Johor” yang setiap keturunan dapat memelihara dan mewarisi budaya masing-masing malah menerima pengiktirafan daripada pemerintah dan kerajaan negeri sedia ada.

“Perkara ini sangat mustahak kerana ia merupakan formula penting untuk Johor dalam merealisasikan Johor yang muafakat dan harmoni. Kestabilan masyarakat Johor juga berjaya menarik ramai pelabur dan pelancong ke negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori