Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Penasihat Percutian Dituduh Bunuh...

JOHOR BAHRU - Seorang penasihat percutian dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Siasatan Pembelian Tanah Di...

KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pembelian tanah...

Tamrin Ghafar Umum Tidak...

KUALA LUMPUR  - Tun Dr. Mahathir Mohamad berdepan dengan tugas getir untuk menyakinkan penyokong...

Pekerja Syarikat Perhiasan Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat perhiasan rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Sultan Johor Terima Replika Kayu Harley Davidson

MERAFAK SEMBAH… Sultan Johor baru-baru ini menerima sebuah hadiah ukiran kayu berbentuk motosikal berkuasa tinggi jenis Harley-Davidson daripada komuniti India negeri tersebut.

Replika berkenaan yang diukir khas dengan berat 500 kilogram menyerupai model keluaran buatan Amerika Syarikat itu diterima oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada kelmarin.

Memetik laman sosial Facebook rasmi baginda semalam, ia dihadiahkan oleh S. Deva yang juga ketua masyarakat India Daerah Johor Bahru mengambil inspirasi daripada program tahunan Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Beliau yang sering mengikuti KMJ sejak lima tahun lepas kemudian menghasilkan replika tersebut dengan kayu yang diimport dari Indonesia malah dikatakan mengambil masa selama hampir enam bulan untuk disiapkan.


Replika terbabit yang berdasarkan idea daripada Deva sendiri sambil dibantu oleh rakannya, Vijay, pemilik syarikat Kumpulan Bergamo kebetulan dengan pengalaman selama 17 tahun dalam industri perkayuan tempatan.

Pada 15 Januari lalu, Sultan Ibrahim menerima hadiah replika kereta siri kartun popular kegemaran baginda iaitu Flintstones daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori