Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lelaki `Mesin’ Hasilkan Anak...

Siapa sangka, lelaki ini Declan Rooney adalah `mesin’ menghasilkan anak dan dia kini...

Bomba Tumpu Gelombang Kedua...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memberi tumpuan ke kawasan Pantai Timur...

Tiga Khabar Gembira Jika...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga khabar gembira kepada...

China Adakan Mesyuarat Tergempar

BEIJING – Kabinet China mengadakan mesyuarat tergempar disertai lebih 100,000 pegawai, demikian menurut...

Sultan Kelantan Dukacita Penyebaran Gambar Peribadi

KOTA BHARU – Istana Kelantan hari ini amat kesal dan membantah penyebaran gambar-gambar peribadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di media sosial beserta semua kiriman yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda di media sosial.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, Istana Kelantan turut menafikan sekeras-kerasnya segala kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah yang disiarkan bersama gambar-gambar berkenaan.

Beliau berkata, bukan menjadi kelaziman pihak istana untuk memberi penjelasan kepada bualan di media sosial tetapi Istana Kelantan telah memutuskan untuk menjernihkan kekeruhan yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat.

“Sekali lagi pihak istana menyeru supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah.

“Hanya kenyataan rasmi dari Istana Kelantan dan peguam kepada Sultan Muhammad V yang boleh diambil kira sebagai kenyataan yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Mohd Shafriman berkata, Sultan Muhammad V sebagai sultan yang memerintah negeri Kelantan tidak seharusnya dikaitkan dengan fitnah dan coretan yang tidak sahih di media sosial.


Beliau berkata, fitnah-fitnah berupa coretan yang tidak benar ini telah mencemarkan nama baik kesultanan Kelantan dan kerabat diraja Kelantan.

“Sultan Muhammad V turut menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat sehingga mendatangkan pertelagahan di media sosial kerana didorong oleh khabar angin yang tidak sahih.

“Sebaliknya, baginda berharap agar rakyat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ayahanda baginda yang amat dikasihi, Sultan Ismail Petra yang sedang gering.

“Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kategori