Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Bekas Jurutera Apple Sebagai...

WALAUPUN beliau pernah dianggap sebagai legenda di Apple, namun Genius Bar telah menolak permohonan...

Nahas Helikopter: Kerosakan Sirip...

PUTRAJAYA - Laporan awal nahas helikopter di Semenyih mendapati pesawat mengalami kerosakan pada...

Isu Buli Remaja Hamil...

PUTRAJAYA - Isu buli dan remaja hamil luar nikah akan dibawa ke mesyuarat...

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak...

Surau, Stesen Minyak Kerugian Akibat Banjir Kilat KL

KUALA LUMPUR – Banjir kilat yang melanda ibu kota semalam menyebabkan beberapa premis termasuk surau Al-Falah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, dekat sini mengalami kerosakan yang agak teruk.

Ketua Imam dan Penasihat Surau Al-Falah, Kamal Ahmad Amin, 55, ketika ditemui Bernama berkata banjir kilat itu antara lain merosakkan karpet dan peralatan sistem audio surau dan menimbulkan kesukaran kepada jemaah untuk menunaikan ibadat seperti biasa.

“Selama 14 tahun ini merupakan banjir kilat yang paling teruk pernah dihadapi kami yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian kepada surau,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengambil tindakan pantas dengan membantu membersihkan kawasan yang terjejas.

“Kami berterima kasih kepada pihak terlibat dan merayu agar bantuan untuk menukar karpet dan PA system yang baharu bagi memudahkan jemaah menunaikan solat,” katanya.

Tinjauan Bernama juga mendapati hujan lebat lebih dua jam itu turut menjejaskan beberapa kawasan dan laluan sekitar Kampung Pandan, Jalan Pudu Ulu, Jalan Pudu Perdana, Jalan Cheras dan Jalan Kepong.​​​​​​​


Stesen minyak Shell di Jalan Kampung Pandan pula terpaksa menutup operasi perniagaan selepas air hujan yang memasuki premis perniagaan itu mencecah paras buku lali.

Menurut Pengurus Operasi, Farah Nadia Ahmad, 34, semalam merupakan kali pertama stesen minyak itu terpaksa ditutup dari 6 petang sehingga hari ini atas faktor keselamatan.

“Ini banjir kilat yang berlaku pertama kali sepanjang 10 tahun kami beroperasi dan mengakibatkan kerugian kira-kira RM80,000.

“Kami terpaksa menutup premis perniagaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini termasuk kemungkinan pelanggan terjatuh akibat licin ketika hendak membuat pembayaran,”katanya. – BERNAMA

Kategori