LIMA individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian suspek kes cabul yang dibelasah hingga maut di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, baru-baru ini.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah petang semalam.
Menurutnya, suspek yang didakwa mencabul itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan semua individu yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.
Mohd Rozi berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya masih mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit.
Baca:Â Penagih Dadah Kantoi Cuba Rogol Wanita Dalam Tandas
Dalam kejadian 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki berusia 31 yang berasal dari Yan, Kedah didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.
Mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai manakala suspek dibelasah sekumpulan lelaki.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial dan jelas memaparkan suspek dibelasah orang ramai termasuk mangsa. –Â MYNEWSHUB.CC