Susunan Saf Solat Di Masjid, Surau Dibincang Rabu Ini

PUTRAJAYA – Kebenaran merapatkan susunan saf solat berjemaah di masjid dan surau akan diputuskan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, muzakarah itu akan turut membincangkan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti di masjid dan surau.

Beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan muzakarah berkenaan, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Oktober lalu.

“Muzakarah pada kali ini bertujuan mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan membincangkan beberapa isu SOP, khususnya mengenai aktiviti masjid dan surau.

“Perbincangan ini termasuk cadangan SOP untuk merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah,” katanya melalui satu kenyataan media.

Beliau berkata, ahli muzakarah yang dijadual hadir terdiri daripada mufti negeri, ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar serta wakil daripada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya percaya muzakarah ini akan dapat mencapai satu keputusan demi maslahah orang ramai dan berharap aktiviti masjid dan surau, khususnya solat berjemaah akan dibenarkan seperti sedia kala dengan pematuhan SOP tertentu,” katanya. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...