Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jurufoto Terkilan Hasil Seni...

TERKEDU!!! Itu yang digambarkan oleh seorang jurufoto apabila hasil fotografinya dijadikan bahan rujukan...

319 Calon SPM Terjejas...

KUALA TERENGGANU: Seramai 319 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di...

Dua Lagi Mayat Anak...

JOHOR BAHRU - Dua lagi mayat mangsa kapal korek yang karam di 8.6...

Raja Muda Perlis Saran...

BANDA ACEH - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaran agar...

Syahmi Sah Milik JDT

JOHOR BAHRU : Spekulasi mengenai pasukan mana Syahmi Safari akan berhijrah pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas tidak menyambung kontrak bersama Selangor FC akhir terjawab.

Menerusi rakaman video selama seminit di laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini, memaparkan pemain Harimau Malaya itu memilih kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai destinasi untuk meneruskan karier bola sepak profesionalnya.

Malah di dalam video berkenaan, pemain kelahiran Kuala Selangor itu yang kini berusia 23 tahun menegaskan hanya terdapat satu destinasi untuk mengembangkan karier bola sepaknya dan ia adalah kelab JDT.

“Saya kini berada di sini. Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia dan JDT adalah tempatnya.

“Saya tidak boleh menyatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. ini adalah cabaran. Cabaran untuk saya melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” kata Syahmi.


Kehadiran Syahmi di dalam skuad Harimau Selatan pastinya memberi kekuatan di posisi bek kanan tatkala ketika ini posisi itu sering kali diisi oleh Matthew Davies dan S Kunanlan malah ia juga memberi ruang buat pengendali pasukan itu Benjamin Mora membuat pilihan untuk menguatkan posisi berkenaan.

Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ada seorang atau dua pemain tempatan akan di bawa masuk bagi menambah kekuatan juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu.

Kini peminat bola sepak JDT, tertunggu seorang lagi pemain tempatan dan seorang pemain import yang bakal digandingkan bersama Bergson Da Silva bagi mengharungi kempen Liga M dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori