Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nubhan Doa Mohon Diberi...

SEBELUM ini, tersebar di laman sosial cerita penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Nubhan dan...

52 Suspek Kes Tembak...

KANGAR - Seramai 52 suspek yang ditahan sebelum ini berhubung siasatan kes tembak sehingga...

UMNO Tidak Setuju SPR...

SEREMBAN - UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pengambilalihan pendaftaran dan kawal selia parti...

Perlu Pendekatan Jelas Untuk...

KUALA LUMPUR - Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri...

Syed Saddiq Dan Lumpur

Simpati melihat Syed Saddiq terlalu “work hard” di media sosial. Sepatutnya “steady” sahaja baru tampak “genuine”.

Lumrah ahli politik mahu rakyat “alert” sumbangan mereka, tetapi yang dibimbangi jika kelihatan “over acting”.

Nanti orang fikir wayang semata-mata atau sekadar mahu tunjuk bagus. Itu sangat tidak baik.

Rasanya beliau antara ahli politik paling banyak “upload” gambar di lokasi banjir sejak beberapa hari lalu.

Terima kasih atas bukti bantuan kepada mangsa banjir. Gambar baju dikotori lumpur sambil pegang penyodok.

Bergambar di sebelah pacuan empat roda yang disaluti lumpur dengan senyuman riang ria.

Namun tidaklah sehingga perlu ambil gambar diri sedang makan di restoran dengan baju dipenuhi lumpur.

Boleh sahaja bersihkan diri atau sekurang-kurangnya tukar pakaian terlebih dahulu.


Syed Saddiq orang muda. Nama partinya juga Muda. Orang muda memahami selera orang muda.

Orang muda gemarkan watak-watak hero. Mungkinkah banjir peluang Syed Saddiq tampil hero tiada siapa tahu.

Namun jangan lupa sukarelawan lain pun hero dan mereka beri bantuan tanpa sempat ambil gambar diri.

Jangan salahkan mereka yang curiga kerana tiada siapa dapat membaca isi hati. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Elakkanlah sama sekali peribahasa ‘telur sebiji riuh sekampang’. Ini sekadar nasihat dan pandangan insan yang berasa boring.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori