Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jason Lo Dituduh Menceroboh,...

KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi...

Kerajaan Selangor Tak Jujur...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuat tindakan yang memalukan apabila menyalahkan...

Dipaksa Turun Bas Tengah...

SEPASANG suami isteri bersama dua anak kecil di Thailand telah dipaksa untuk turun...

Sisa Makanan Mampu Beri...

SETIAP tahun, purata sebuah isi rumah di Malaysia membazirkan lebih satu bulan gaji...

Tahun Ini Sangat Mencabar Bagi Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd., dalam tahun penuh pertama di bawah mandat baharu mencatatkan pemulihan bagi prestasi keseluruhan 2019 dengan keuntungan operasi disumbangkan hasil pelupusan lebih tinggi dan susut nilai lebih rendah serta pulangan portfolio lebih mantap.

Ia merekodkan keuntungan operasi RM7.36 bilion berbanding dengan kerugian operasi RM6.27 bilion pada 2018.

Hasil daripada pelupusan meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion manakala susut nilai berada pada RM4.9 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun sebelumnya, menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Dana strategik negara itu berkata, ia turut mengumumkan dividen sebanyak RM1.0 bilion bagi 2019 di samping mengukuhkan kedudukan kewangannya hasil daripada perbelanjaan yang dikurangkan sebanyak 28.2 peratus kepada RM484 juta berbanding dengan RM674 juta pada 2018.

Menurutnya, ini adalah bersamaan dengan 35 mata asas (bps) sebagai peratusan aset berbanding dengan 50bps pada tahun sebelumnya.

“Prestasi kami pada 2019 dicapai dalam keadaan persekitaran global yang tidak pasti, yang menyaksikan proses Brexit berpanjangan serta perang perdagangan Amerika Syarikat-China yang kian sengit.

“Hal ini menjadi lebih mencabar akibat persekitaran pulangan rendah yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan.

“Walaupun berhadapan cabaran ini, kami berjaya mencatatkan kemajuan yang ketara dalam memenuhi mandat kami untuk membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia,” kata Pengarah Urusan, Shahril Ridza Ridzuan dalam kenyataan yang sama.

Khazanah berkata, selepas setahun melaksanakan langkah pengimbangan semula portfolionya, ia mula mencatatkan kejayaan awal dalam mempelbagaikan Dana Komersial di bawah mandat baharu dan berada di kedudukan baik untuk terus meningkatkan aktiviti pelaburan pada 2020.


Dana Strategiknya pula turut mencapai hasil kewangan dan strategik untuk aset-aset tertentu meskipun pasaran lembab pada 2019.

Khazanah berkata, ia melaksanakan libat urus secara berterusan dengan kerajaan untuk memperkukuh landskap pengawalseliaan, memperbaharui dan memperkuatkan barisan kepimpinan di syarikat-syarikat pelaburannya.

Selain itu ia turut memulakan inisiatif penstrukturan bagi meningkatkan prestasi kewangan dan merealisasikan nilai, menurutnya.

Shahril Ridza berkata, dalam melangkah maju, tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan ditambah lagi dengan penularan koronavirus (Covid -19).

“Sungguhpun pakej rangsangan ekonomi yang baru diumumkan kerajaan amat dialu-alukan, kami tetap bersiap sedia untuk menghadapi suatu tempoh kelembapan dalam ekonomi global. Persekitaran yang tidak menentu akan memberi kesan kepada negara dan syarikat

“Bagaimanapun, kami yakin portfolio dan strategi kami yang pelbagai berada dalam keadaan kukuh, sungguhpun kami sedar kejayaan yang dicapai pada 2019 sukar untuk diulangi,” katanya.

Khazanah akan terus memberi tumpuan untuk mempelbagaikan lagi Dana Komersil, dan pada masa sama bekerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan lagi rangka kerja pengawalseliaan yang relevan, merangkumkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam semua aktiviti pelaburan serta mempromosi inisiatif ciptaan nilai dalam kalangan syarikat pelaburannya.

Kategori