Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SOP PRK DUN Chini...

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan...

Ambil Ahli Baharu Bukan...

KUALA LUMPUR - Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi...

Video: Wira Hancur Dirempuh...

KUALA TERENGGANU - Penguna jalan raya yang melalui Jambatan Sultan Mahmud, di sini,...

“Kalau Isteri Cubit Lagi...

KUANTAN - "Kalau isteri cubit, lagi sakit," seloroh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri...

Taiwan Janjikan Pengalaman Berbeza

PERCUTIAN ke luar negara lebih lengkap jika makanan halal mudah didapati dan mempunyai kemudahan untuk menunaikan solat fardu.

Itu pengalaman yang dijanjikan kepada penulis sepanjang mengikuti pakej Pesona Taiwan selama lima hari empat malam, yang bermula pada Jumaat, 10 November hingga Selasa, 14 November ini.

Penulis berpeluang menyertai lawatan ini bersama-sama 20 orang lagi ahli kumpulan pelancong yang mengikuti pakej kelolaan ejen pelancongan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan kami dibawa menikmati sajian makan tengah hari di Hai Pa Wong, iaitu Restoran Mesra Muslim (MFR) yang turut mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Cina Muslim.

Makanan yang disajikan dalam pinggan dan mangkuk tertulis perkataan halal juga membuatkan kami lebih teruja.

Ditambah dengan keenakan pelbagai jenis sajian menyelerakan dari masakan tradisional Taiwan seperti pulut bersama udang geragau hingga yang sinonim dengan Malaysia iaitu ikan masak stim bersama semangkuk nasi putih.

Lihat betapa mewahnya makanan tengah hari kami!

Udang yang dimasak bersama gulungan mi tepung beras.
Kekapis segar bersama sos masam manis pedas.
Ikan stim sos soya cair dan daun bawang.

Pengalaman singgah dan menunaikan solat di Taipei Grand Mosque, Taipei City pula antara permulaan lawatan yang menarik.

Daripada tujuh masjid di Taiwan, Taipei Grand Mosque atau Masjid Taipei adalah di antara yang tertua dan siap sepenuhnya pada 1960.

Terdapat kira-kira 500,000 masyarakat Muslim di Taiwan membabitkan penyelidik, pelajar dan pekerja dalam pelbagai industri.

Usai menunaikan solat Asar, kami terus bergerak keĀ menara Taipei 101 yang mempunyai lif terpantas di dunia. Ia membawa anda dengan pantas dari tingkat 5 keĀ tingkat 89 di mana terletaknya balai cerap dalam masa hanya 39 saat.

Di samping itu, sama seperti Menara Berkembar Petronas dan pusat membeli-belah Suria KLCC, Taipei 101 turut mempunyai shopping mall yang dipenuhi dengan butik-butik mewah seperti Christian Dior, Kenzo, Cartier dan Panerai.

Buat kaki shopping, anda pasti rambang mata melihat semua kedai yang terdapat dalam pusat membeli-belah tersebut.


Di perkarangan Taipei 101 juga terdapat banyak arca hidup yang menarik perhatian pelancong untuk bergambar.

Hari pertama mengenali Taipei City, Atami Hotel Taipei pula menjadi tempat penginapan kami.

Atami Hotel Taipei turut tersenarai antara Pelancongan Mesra Muslim (MFT) di negara itu dan anda tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati masakan di restorannya yang dikategori sebagai MFT!

Kami dihidangkan dengan sajian kambing dengan sos lada hitam, udang goreng, salad sayur-sayuran dan buah kranberi kering serta ayam limau pedas.

Menariknya, Atami Hotel mempunyai kolam air panas semulajadi oleh kerana pembentukan negara Taiwan yang asalnya terwujud daripada letusan gunung berapi lebih 200,000 tahun dahulu.

Pengunjung boleh memilih untuk menikmati kolam air panas persendirian yang boleh memuatkan dua orang, ataupun kolam awam di mana semua pengunjung harus bertelanjang bulat!

Namun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan darah tinggi tidak digalakkan untuk berendam di dalam kolam air panas bersulfur ini akibat suhunya yang terlalu panas.

Tepat jam 9.30 malam, kami semua beransur ke bilik masing-masing untuk berehat kerana esok (Sabtu,11 November) jadual kami sudah mulai padat!

Baca: Promosi Hebat! Tawan Taiwan Dengan Harga Menarik

Jika anda berminat untuk menggunakan servis kami & ingin periksa kekosongan tarikh, anda boleh hubungi Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. di talian 03-91002101/03-91002004.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghubungiĀ melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-6912857/013-2560140. –Ā MYNEWSHUB.CC/SK

Kategori