Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Syor Mansuh...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya kerajaan melupuskan bayaran...

Pilihan Raya PBT: Mustafa...

HARI ini selain kekecohan dalaman parti MIC, Setiausaha Agung dua parti hari ini...

PLUS Tunggu Keputusan Muktamad...

JERLUN - Plus Malaysia Berhad (PLUS) sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar...

Ketua Wira Perkasa Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris...

Tak Pakai Topi Keledar, Mufti Wilayah Minta Maaf

EKORAN tindakannya bonceng motosikal tanpa memakai topi keledar, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat permohonan maaf kepada agensi penguatkuasaan.

Beliau malah meluahkan perasaan kesal susulan insiden tersebut yang tidak disengajakan menerusi laman sosial rasminya.

Tak Pakai Topi Keledar, Mufti Wilayah Minta Maaf

Menerusi posting yang dimuat naik itu, Zulkifli memaklumkan dia berbuat sedemikian ketika terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada, Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi.

“Memandangkan jalan raya agak sesak serta tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini.

“Justeru, kami ingin melafazkan permohonan maaf kepada pihak PDRM dan JPJ atas tindakan ini. Diharapkan tidak timbul salah faham atas tindakan yang telah dilakukan,” tulisnya.


Menerusi gambar yang dimuat naik itu,  Zulkifli dilihat mengenakan jubah kelabu sambil mengenakan serban membonceng motosikal dari pandangan arah belakang.

Gambar itu dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

Dalam posting itu, Zulkifli turut memberi ucapan selamat menyambut Ramadan kepada semua rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori