Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Usul Penarikan En-Bloc Menteri,...

USUL PENARIKAN EN-BLOC MENTERI DAN AHLI PARLIMEN UMNO DARIPADA KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL PERLU...

Forensik, K9 Bukit Aman...

KUALA SELANGOR – Unit Forensik dan Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit...

Parti Amanah Dakwa Bangsa...

KUALA LUMPUR - Bangsa Melayu perlu mengenepikan pemikiran cuma kaum Melayu boleh dibenarkan...

Kerajaan Tak Akan Ubah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak akan...

Tak Salah Kedai Dobi Muslim: Bekas Ketua Hakim Negara

ISU sebuah kedai dobi Muslim di Muar, Johor nampaknya semakin ‘panas’ apabila masyarakat Islam di seluruh negara mulai bersimpati dan menyokong usaha murni pengusaha premis itu.

Meskipun pendakwah, Zamihan Mat Zin ditahan polis ketika berceramah baru-baru ini kerana kritik Sultan Johor melarang operasi dobi Muslim, sentimen umat Islam kini ternyata cenderung menyebelahi operator kedai itu pula.

Terbaharu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad turut tampil mengesahkan bahawa dari segi perundangan adalah tidak salah bagi pengusaha dobi letak tanda “Untuk Orang Islam Sahaja” di kedai miliknya.

Hal ini kerana tiada satu pun peruntukan undang-undang dalam negara yang melarang perkara sebegini ke atas individu sekali gus menafikan konon ayat digunakan itu berbaur perkauman atau ekstrem kepada agama tertentu.

“Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa waima satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya sekiranya ada.

“Pengusaha laundret adalah seorang individu, bukan pihak berkuasa kerajaan. Peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) tidak terpakai kepada seorang individu. Peruntukan itu hanya terpakai kepada kerajaan.”

Menurut beliau, rujukan Perkara 8 Fasal (1) dalam Perlembagaan hanya mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Manakala, Fasal (2) dalam perkara sama melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara tersebut dalam klausa itu.

Ini bermakna secara legal, tambah Abdul Hamid lagi, “Pengusaha dobi adalah seorang ahli perniagaan. Dia bebas boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu beri apa-apa sebab kepada sesiapa.

“Peniaga tentu sekali mahu perniagaannya maju. Justeru, dia perlu menarik seberapa ramai pelanggan ke kedai. Jika sebagai pengusaha laundret, dia dapati bisnes lebih maju apabila ia dibuka kepada orang Islam sahaja.

“Maka terserahlah kepadanya untuk membuka operasi kedainya kepada orang Islam sahaja.” Hujah beliau itu turut sejajar dengan keputusan Majlis Perbandaran Muar yang membenarkan operasi kedai dobi tersebut sebelum ini.

Pihak berkuasa tempatan itu turut dilaporkan mengizinkan premis dibuka kerana ia memang tidak menyalahi peraturan perihal dagangan yang ditetapkan sendiri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Amalan itu juga bukan asing di Malaysia apabila premis pertaruhan nombor judi dan kedai jualan minuman keras melarang pelanggan Muslim untuk masuk berurusan serta tidak pernah menjadi bahan polemik sejak sekian lama.

Malahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menyifatkan isu kedai itu bukan besar pun berbanding tindakan segelintir majikan bukan Islam sengaja diskriminasi pekerja Muslim termasuk dalam soal ibadah fardu.

Abdul Hamid dalam pada itu juga mengingatkan masyarakat dan kerajaan agar jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam pula tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam.

Ini kerana perkara saling menjaga perasaan dan sensitiviti adalah tanggungjawab bersama. Kenyataan itu mungkin merujuk pesta arak terbesar gagal diadakan di Kuala Lumpur dan Selangor ekoran bantahan keras umat Islam.

Untuk rekod Abdul Hamid, 75, yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2015 lalu antara hakim yang gigih mempertahankan kesucian ajaran Islam termasuk melarang kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Pada 2014, anak jati Pulau Pinang itu pernah mendedahkan agenda jahat pihak tertentu mahu mengkristiankan masyarakat Melayu dengan berselindung di sebalik tema hak asasi manusia dan pemikiran liberal pluralisme.

Isu kedai dobi khas untuk Muslim di Johor itu menjadi kontroversi akhir bulan lalu apabila terdapat pihak bukan Islam yang dakwa konon perkara ini boleh mencetuskan perbalahan agama antara Muslim dengan bukan Muslim.

Susulan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama Islam tersebut ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda sendiri.

Meskipun sedih, pengusaha dobi berkenaan dilaporkan akhirnya akur dan memohon maaf di sebalik menerima banyak sokongan pelanggan yang bimbang dengan tahap kebersihan pakaian mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Dobi 'Muslim Sahaja' Cetus Kontroversi

Berikut ialah kenyataan penuh Abdul Hamid yang dipetik menerusi laman blog beliau www.tunabdulhamid.my pada 13 Oktober 2017 bertajuk ‘Salahkah Jika Pengusaha Laundret Letak Tanda Untuk Orang Islam Sahaja’.

Jawapan saya: Tidak.


Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Tolong tunjuk kepada saya jika ada.

Pengusaha laundret adalah seorang individu, bukan pihak berkuasa kerajaan. Peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) tidak terpakai kepada seorang individu. Peruntukan itu hanya terpakai kepada kerajaan.

Mari kita lihat peruntukan berkenaan.

Klausa (1) mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalan klausa itu.

Perhatikan bahawa semua larangan itu tidak berkenaan dengan seorang individu.

Pengusaha laundret adalah seorang ahli perniagaan. Dia boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa.

Seorang peniaga tentu sekali mahu perniagaannya maju. Untuk itu dia perlu menarik seberapa ramai pelanggan ke kedainya. Jika, sebagai seorang pengusaha laundret, dia dapati perniagaannya lebih maju jika ia dibuka kepada orang Islam sahaja, terserahlah kepadanya untuk membuka kedainya kepada orang Islam sahaja.

Jika kebanyakan bakal pelanggannya orang Islam dan mereka tidak akan datang ke kedainya jika mesin yang sama digunakan untuk mencuci basuhan orang bukan Islam biar apa pun sebabnya, apa salahnya jika dia meletakkan tanda itu?

Kita tidak boleh menyalahkan pengusaha laundret jika pelanggan atau bakal pelanggannya tidak suka mesin yang sama digunakan oleh orang bukan Islam untuk mencuci basuhan mereka.

Kita juga tidak boleh menyalahkan pelanggan atau bakal pelanggan pekedai itu jika mereka tidak mahu pergi ke kedai itu jika hal seperti itu berlaku.

Mungkin mereka merasa jijik, kotor atau geli memikirkan seluar dalam yang dipakai oleh orang yang tidak membasuh najis kencing, berak dan haidnya atau tuala yang mungkin digunakan untuk mengeringkan bulu anjing juga dimasukkan untuk dicuci dengan mesin yang sama walaupun secara berasingan.

Satu cara lain untuk mencapai tujuan yang sama ialah dengan meletakkan papan tanda yang menyatakan: Tidak dibenarkan cuci seluar dalam yang dipakai oleh orang yang tidak mencuci kencing, berak dan darah haid dengan air; tuala yang digunakan untuk mengeringkan atau terkena bulu anjing atau pakaian atau kain yang terkena darah, daging atau mana-mana bahagian daripada babi atau makanan diperbuat daripadanya!

Kita tidak boleh mengharapkan seorang pengusaha laundret untuk menulis sedemikian dan siapakah yang akan membacanya?

Perlu diingati bahawa ini bukan sahaja soal hukum. Ini juga soal perasaan seseorang pelanggan atau bakal pelanggan terhadap persepsinya mengenai perkara tersebut dan reaksinya.

Pengusaha laundret adalah penerima akibatnya. Salahkah jika dia cuba mengurangkan kerugiannya dengan berusaha mengelak sebabnya? Mungkin dia sendiri pun merasa geli melihat perkara seperti itu berlaku. Salahkah jika dicuba mengelaknya?

Demikian juga, kebanyakan orang Islam keberatan menyewa rumah mereka kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak mahu anjing masuk ke dalam rumah mereka atau makanan yang mengandungi daging babi dibawa masuk ke dalam rumah mereka.

Atau mereka tidak mahu daging babi atau makanan mengandungi daging babi diletak di dalam peti ais mereka, jika ia disediakan. Salahkah jika dalam iklan mereka menyebut “Orang Islam Sahaja”?

Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama.

Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara

Kategori