PETALING JAYA – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Lembah Klang sejak Jumaat lalu akibat komplikasi jantung.
Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), itu terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam dan akan dibenarkan keluar esok.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya turut berkongsi kejadian yang telah menimpa Takiyuddin itu.
“Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di hospital untuk rawatan.
“Sama-sama kita doakan agar diberikan kesembuhan segera,” tulis Najib. – K! ONLINE