Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penerima Dana Untuk Biayai...

TUMPAT - Polis telah mengenal pasti rakyat Malaysia yang menerima sebanyak RM110,300, yang dimasukkan ke...

KPM Giat Lakukan Pemutihan...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) giat menjalankan pemutihan tanah bagi merungkai isu...

Usah Percaya Berita Tular...

MAKKAH - Umat Islam di Malaysia selain jemaah haji yang berada di Tanah...

Agong Kurnia Surat Cara...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari Isnin...

Taliban Bantah Pelantikan Semula Ashraf Ghani

KABUL – Pemilihan semula Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani ‘menyalahi undang-undang’ dan menyifatkan pilihan raya ‘palsu’ itu tidak selari dengan proses damai, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid pada Selasa lapor agensi berita Sputnik.

Terdahulu pada semalam, Ghani diumum memenangi pilihan raya presiden selepas memperoleh 50.64 peratus undi. Pengundian diadakan pada akhir September namun pengumuman keputusan ditangguhkan beberapa kali.

Mujahid dalam satu kenyataan juga berkata, Taliban turut membantah pelantikan Ghani sebagai presiden kerana ia ‘tidak memberi apa-apa erti’.

Sejak 2018, Amerika Syarikat dan Taliban berusaha mengadakan rundingan damai untuk mengundurkan tentera asing dari Afghanistan sebagai jaminan, kumpulan pemberontak itu tidak menjadikan negara tersebut sebagai tempat perlindungan kepada pengganas.

Bagaimanapun, perbincangan itu mengecualikan Afghanistan kerana Taliban enggan terlibat dalam rundingan dengan pihak kerajaan.

Terdahulu pada Februari, Washington dan Taliban bersetuju untuk mengurangkan keganasan selama seminggu, sebagai langkah pertama ke arah mencapai perjanjian damai antara kedua-dua pihak.

Kategori