SIAPA yang tidak kenal pelantun lagu Di Amaran Mama, Hazama ni kan? Klip video lagu itu dalam laman YouTube nampaknya dah cecah lebih tujuh juta tontonan. Fuhhh…meletops u’olls…
Memang tidak dapat dinafikan penyanyi popular ini sentiasa menghadiahkan persembahan yang terbaik buat peminat setiap kali beraksi di pentas seni.
Sebab itu setiap kali Hazama tampil dengan single terbaru, pasti sahaja mendapat sambutan yang melambung.
Bagaimanapun, penyanyi ini dikatakan menerima hentaman hebat daripada netizen sehingga ada pihak yang melabel Hazama seolah lupa tentang soal halal dan haram.
Ini gara-gara baru-baru ini, Hazama telah memuat baik beberapa posting di laman Instagram yang menunjukkan penampilan terbaru dirinya.
Menerusi gambar itu, memaparkan Hazama menjadi beach boy ala-ala Bob marley dengan badan yang penuh dengan lukisan ‘tattoo‘.
Gambar yang mendapat lebih daripada 13,000 likes itu secara tidak langsung menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Rata-rata diantara mereka mengecam teruk penyanyi tersebut kerana beranggapan penampilan seperti itu seolah tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Difahamkan, imej tersebut merupakan penampilan untuk lagu terbaru Hazama yang bakal keluar tidak lama lagi dan ‘tattoo’ yang memenuhi pada badan penyanyi itu bukanlah lukisan yang sebenar.
Sehingga kini Hazama dilihat hanya berdiam dan tidak membalas sebarang komen negatif yang dilempar terhadapnya.
Biasalah tu kalau dah nama public figure ni, ada sahaja tindak tanduk yang menjadi bualan umum. Nak tak nak kena lah hadap. Tak ke macam tu? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura