Monday, December 2, 2024

Creating liberating content

PRU-15: Mohamad Sabu Mendahului...

Klang : Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu terus mendahului...

1,121 Permohonan Kahwin Bawah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 827 permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi...

UEC: Pemuda DAP Ucap...

KUALA LUMPUR - Pengarah Biro Hal Ehwal Varsity Pemuda DAP, Leong Yu Sheng...

Tanggung Dosa Sebar Tuduhan...

KUALA LUMPUR - "Berhati-hatilah untuk berkongsi info pemberitaan bersifat pertuduhan meskipun betapa bencinya...

Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Pantai Dalam.

Perkara itu disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi Bernama, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal sebelum subuh.

Tanpa mendedahkan punca Sanusi meninggal dunia, Aziman berkata jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Sementara itu, anak Allahyarham, Akhramsyah Sanusi berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat menunaikan solat subuh bersama isteri dan seorang lagi anaknya.


“Semalam arwah bapa ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan semuanya tiada masalah, malah arwah sempat menghadiri pelancaran manifesto Pakatan Harapan malam tadi tanpa menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

“Pagi tadi selepas arwah selesai mengambil wuduk dan siap berpakaian menunggu untuk bersolat berjemaah tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pantai Dalam hari ini.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khatab untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat. – BERNAMA

Kategori