Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hargai Sumbangan Anggota Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Kepimpinan pasukan keselamatan diminta menghargai sumbangan wanita menjaga kedaulatan negara...

9 Warga Asing Ditahan...

Ipoh : Sembilan warga asing ditahan susulan penemuan mayat lelaki dengan enam tikaman...

Jangan Anggap Semua Penjawat...

PUTRAJAYA - Masyarakat tidak sepatutnya menganggap semua 1.16 juta penjawat awam terlibat dengan...

Pakaian Warna Warni: ADUN...

SHAH ALAM - ADUN Bukit Lanjan seolah-olah tidak berpuas hati dengan teguran Speaker...

Tanah Runtuh: Sebuah Gerai Serta 10 Buah Kereta Musnah

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal cedera manakala sebuah gerai dan 10 kenderaan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini, awal pagi Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Tanah Runtuh: Sebuah Gerai Serta 10 Buah Kereta Musnah

Beliau berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 pagi.


“Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya.

Jalan utama Taman Idaman telah ditutup. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori