Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Alat Mainan Seks Tersangkut,...

Seorang wanita mengalami malu bukan kepalang selepas `pengembaraan’ bersama teman lelakinya di bilik...

11 Negara Capai Persetujuan...

DA NANG (Vietnam) - Jepun, Australia dan sembilan negara lain dalam pakatan perdagangan...

Pekerja Tidak Langsung Jangka...

KUALA LUMPUR – Pembubaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak langsung dijangka oleh...

Pelaburan BAM Mula Tuai...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatkan pelaburan yang dibuat ke atas...

Tarian Zapin Johor Lahir Di Pedalaman Bumi Sarawak

MARUDI – Jauh di pedalaman Sarawak di Baram, muncul sebuah tarian terkenal dengan gerak lenggok yang penuh sopan dan lemah gemalai, zapin Johor.

Kemunculan zapin ini hasil inisiatif seorang guru, Mohamad Syukri Malek, anak kelahiran Batu Pahat, yang berusaha mengembangkannya dalam kalangan anak-anak masyarakat Kayan sejak lima tahun lalu.

Kini, 10 pelajar Tahun Dua hingga Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pillah, yang juga anggota Kumpulan Ritma Tari di Baram, terpilih mendalami keindahan dan kehalusan gerak tarian itu.

Bercakap kepada Bernama, Mohamad Syukri berkata idea untuk ‘menurunkan’ ilmu seni tari zapin Johor yang dimilikinya kepada murid sekolah tersebut tercetus selepas menerima surat pertandingan Tarian Tradisional Melayu peringkat Zon Baram Tengah sekitar 2013.

“Ketika itu murid-murid hanya tahu dan belajar tarian masyarakat Orang Ulu sahaja seperti Bidayuh, Orang Ulu dan Iban.

“Apabila saya mula mengajar di sekolah tersebut sekitar 2013 kumpulan Ritma Tari ini ditubuhkan dan mereka mula belajar tarian Zapin Johor.

“Penerimaan mereka sangat baik kerana saya dapat melihat kecenderungan serta minat murid-murid kepada perkara melibatkan aktiviti kebudayaan,” kata guru berusia 29 tahun itu.

SK Long Pillah adalah sekolah pedalaman 3 yang mempunyai 75 pelajar masyarakat Kayan dan 12 guru, terletak kira-kira tiga jam perjalanan darat dari Miri – sejam menerusi jalan raya biasa, manakala bakinya jalan pembalakan.

Zapin

Mohamad Syukri yang mula mendalami seni tari zapin sejak belajar di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor berkata, latihan untuk anak-anak masyarakat Kayan itu diadakan setiap Isnin hingga Khamis selepas sesi persekolahan.


“Saya akan pastikan teknik yang betul dan asli tarian zapin diajar kepada murid-murid tersebut. Selain itu latihan turut memberi tumpuan kepada cara pemakaian busana agar tidak melanggar keaslian jenis tarian ini termasuk lagu yang digunakan serta cara menggabungkan ragam tarian.

“Setiap tahun saya tukar jenis zapin yang diajar supaya pada setiap pertandingan yang disertai adalah zapin yang berbeza,” kata guru Pendidikan Jasmani, Bahasa Melayu dan Matematik itu.

Mohamad Syukri mahir seni tari Zapin Pekajang, Zapin Parit Mastar, Zapin Tenglu, Zapin Kores, Zapin Pat Lipat dan Zapin Padang Sari.

Kumpulan Ritma Tari bertuah mendapat sentuhan ‘asli’ dari Johor hingga sentiasa memenangi pelbagai pertandingan tarian peringkat Zon Baram Tengah, Daerah Baram dan Bahagian Miri sejak 2013 hingga tahun ini.

Sejak 2013, Mohamad Syukri bersama rakannya Cikgu Anthony Abas, 35, sudah membelanjakan kira-kira RM15,000 duit poket sendiri untuk menyediakan pakaian, aksesori, prop dan keperluan kumpulan tari itu.

Ditanya tentang perasaan dapat mengembangkan seni budaya masyarakat Johor di bumi Sarawak, Mohamad Syukri berkata beliau amat berbangga, malahan ibu bapa, guru-guru sekolah serta murid-murid menerima baik dan menyokong usaha beliau bersama Anthony.

“Bekas jurulatih saya iaitu Ketua Bidang Seni Tari, Sekolah Seni Malaysia di Johor, Ahmad Khairulanuar Rahimey Rahim menyokong penuh usaha ini tambahan pula masyarakat Kayan sangat asing kepada dunia seni tari zapin,” kata Mohamad Syukri. – BERNAMA

Kategori