PELAKON, Tasha Shilla sekali lagi menghangatkan keadaan gara-gara memuat naik foto berpakaian seksi di laman Instagram baru-baru ini.
Pemilik nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak telah berkongsi foto memaparkan dia sedang memakai seluar pendek paras punggung dan baju berwarna hitam yang menampakkan bahagian bahu.
“Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.
Perkongsian yang menerima lebih daripada 20,000 likes itu dilihat mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata memberikan reaksi negatif.
Di mana mereka beranggapan Tasha sengaja berbuat demikian untuk menimbulkan kontroversi yang sama untuk menaikkan semua popularitinya.
Namun, hasil tinjauan MYNEWSHUB menerusi instagram milik Tasha mendapati dia sama sekali tidak menghiraukan komen negatif yang diperkatakan berhubung perkara berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM
Video sekadar hiasan…