Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Pantau Pembelian Panik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan pemantauan...

Mercedes-Benz Buka Pusat 3S...

KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) menjalin pakatan dengan pengedarnya,...

Empat Sekeluarga Sertai Militan...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri yang baharu bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan...

Bukan Saja Kopi Tapi...

SIAPA sangka suhu di bawah paras beku boleh menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan,...

Temasek Rugi RM73 Bilion Atasi 1MDB, Mana WSJ?

SINGAPURA – Komuniti perniagaan antarabangsa gempar apabila sayap pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek Holdings dilaporkan rugi S$24 bilion (kira-kira RM72.9 bilion).

Kerugian memalukan itu dilaporkan akhbar ternama tempatan, Straits Times (ST), sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai kelemahan urus tadbir selain campur tangan politik berlebihan terhadap Temasek selama ini.

Ironi, akhbar berpengaruh Amerika Syarikat pro-Zionis, Wall Street Journal yang ‘kecoh’ hentam sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB sepanjang 2015, sebaliknya ‘senyap’ macam tiada apa-apa berlaku pula!

Walhal sejak ditubuhkan pada 1974 dan mengawal 10 buah syarikat milik kerajaan (GLC) republik tersebut, jumlah kerugian dicatatkan Temasek itu jauh lebih teruk daripada 1MDB; yang kini mula menunjukkan pemulihan ketara.

ST dalam laporannya itu mendedahkan kerugian dicatatkan menerusi laporan tahun kewangan berakhir atau FY2016 bertarikh 31 Mac lalu daripada hanya S$242 bilion (RM735 bilion) kepada S$266 bilion (RM808 bilion).

Baca: Singapura Paling Banyak Hutang Di ASEAN

Ho Ching

Ia turut menyebabkan sayap pelaburan negara, Dana Caruman Berpusat (CPF); seumpama KWSP di Malaysia – melaporkan kerugian 9.02 peratus dan itupun hanya diumumkan lewat tiga bulan kemudian iaitu pada 7 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Ho Ching, yang juga isteri Perdana Menteri, Lee Hsien Loong; enggan memberi komen susulan prestasi terburuk di sebalik laporan tahunan Temasek pula ‘menyalahkan’ pasaran tidak menentu!

Meskipun beliau cuba mengelak bertanggungjawab atas kerugian itu, pengarah urusan kanan Temasek, Michael Buchaman memikul tanggungjawab itu dan meminta rakyat Singapura bersedia dengan nilai perolehan rendah.

“Pasaran ekuiti di seluruh dunia masih lagi goyah dalam jangka waktu pendek dan sederhana. Banyak berlaku ketidaktentuan akibat kesan krisis kewangan global sekali gus mengurangkan pulangan pelaburan,” dalihnya.

Ramai warga Singapura sudah jangka ada sesuatu tidak kena dengan Temasek apabila CPF buat julung kali dalam sejarah menunda pengumuman rasmi laporan tahunan yang lazimnya dilakukan sebelum 1 Julai setiap tahun.

Rakyat republik pulau kecil itu dilarang keras mengeluarkan caruman dalam CPF hingga amaun tabungan persaraan mereka mencapai kadar minimum ditetapkan atau jika meninggal dunia lebih awal daripada usia persaraan wajib.


Baca: Ramai Jadi Penganggur, Dibuang Kerja Di Singapura

 

Ini menyebabkan majoriti penduduk Singapura terpaksa bekerja selepas bersara waima berusia lanjut akibat gagal mengeluarkan caruman CPF ekoran simpanan kurang cukup disebabkan kadar faedah rendah dijana agensi itu.

Kadar rendah CPF sebanyak 2.5 peratus kepada pemegang akaun mereka berpunca daripada tindakan Temasek meminjamkan dana agensi itu pada kadar faedah yang sama rendah konon untuk melabur dalam sektor mewah.

Lebih teruk lagi, Temasek terpaksa tampung jurang perolehan untuk menunjukkan ada keuntungan rizab negara. Lucunya, tiada sesiapa pun tahu berapakah jumlah rizab republik itu selama ini waima presiden Singapura sendiri!

Ini berbeza jirannya yang begitu telus apabila gabenor Bank Negara Malaysia setiap suku tahun mengumumkan rizab negara yang kini mencatatkan angka RM400 bilion setakat 1 Julai lalu; antara kadar paling tinggi di dunia.

Untuk rekod, hutang Malaysia pada tarikh berkenaan masih 54 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu lebih baik dibandingkan Singapura sendiri yang cecah 90 peratus daripada KDNK republik tersebut.

Ramai kritik Ho Ching dan suaminya kerana amal nepotisme dalam urus tadbir, tetapi lazimnya sesiapa berbuat demikian secara terbuka di Singapura boleh disaman konon cuba buat fitnah jahat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori