Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

FINAS Sasar Filem Malaysia...

Walaupun pernah menghantar dua pencalonan ke anugerah berprestij dunia perfileman, Oscar, namun sehingga...

Teaser Ringkas Untuk Samsung...

Samsung dan Barnes & Noble telah mengumumkan kerjasamanya dalam penghasilan sebuah tablet khusus,...

Taiwan Sudah Sinonim Dengan...

SEBUT sahaja Taiwan, ramai di kalangan kita yang menganggap kesukaran untuk mendapatkan makanan...

UMT Hasilkan Sos Lokan...

KUALA NERUS - Sumber lokan yang banyak dan terbiar di kawasan pantai dan...

Tender Nafas: Ada Pegawai Sabotaj Salahuddin – Khalid

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai Kementerian Pertanian dan Asas Tani dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan menterinya.

Beliau mengesyaki ada pegawai di kementerian itu cuba mempermainkan Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Tak ada orang suruh tender dia buat tender, tak ada orang suruh tarik balik dia tarik balik, supaya menjadikan dia isu.

“Ni dalam istilah politik, dalam bahasa Inggeris dia kata ‘deep state’ ataupun ‘daulah terpendam’, ‘kerajaan dalam kerajaan’, penyokong kerajaan yang lama yang sedang bergerak mengikut arahan daripada pemimpin-pemimpin yang lama untuk menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada program Bicara Bersama Menteri di Kota Bharu malam tadi.

Kelmarin, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan kerana Kementerian Pertanian dan Asas Tani mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses itu telah dilaksanakan mengikut prosedur serta peraturan yang tetapkan dan tidak berlaku skandal seperti didakwa.

Namun beliau mengaku telah menulis surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon  tender RM1.4 bilion diberikan kepada Nafas secara rundingan terus.


Menurut Salahuddin, beliau hanya menjalankan tanggungjawab dengan menulis surat sokongan itu pada 7 November untuk membantu Nafas kerana tender tersebut belum dimuktamadkan lagi.

Khalid berkata, amalan tender secara rundingan terus telah lama dilakukan sejak 22 tahun lalu.

“Tak pernah ditender, tiba-tiba tahun ini saja kerana nak timbulkan isu, tanpa pengetahuan Menteri, pembekalan baja oleh NAFAS ni, tender untuk NAFAS ni, ataupun kontrak untuk NAFAS ni, diambil, dia nak tender, tanpa pengetahuan Menteri.

“Tiba-tiba bila dah keluar tender, orang dah ambil tender, tiba-tiba dia batalkan tender itu. Lalu kecohlah orang. Oh, dia kata, ‘Ini kita nak runding terus’,” ujarnya.

Tambah Khalid, perkara tersebut akan menyebabkan masyarakat menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan yang menjajikan amalan tender terbuka namun masih mengamalkan tender secara rundingan terus. – MalaysiaGazette

Kategori