Tengku Amir Kekal Presiden FAS

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu bagi sesi 2022-2026 hari ini.

Pengumuman keputusan pemilihan yang dilaksanakan dalam Kongres Tahunan FAS ke-69 dan ke-70 menyaksikan Tengku Amir Shah sekali lagi dipilih memimpin persatuan itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jawatan Timbalan Presiden FAS pula disandang oleh Datuk Seri Shahril Mokhtar manakala Naib Presiden dimenangi oleh Datuk Abdul Rauf Ahmad, Datuk P. Sugumaran, Mohd Yunus @ Iskandar Md Noor dan R. Sekar Chandaran.

Wakil badan berkecuali Majlis Pemilihan FAS Anas Shafiee memaklumkan persatuan telah menerima sebanyak 47 borang pencalonan dengan satu daripadanya ditolak susulan lewat diserahkan.

“Setelah meneliti borang pencalonan, dengan ini saya mengumumkan jumlah calon yang telah dicalonkan untuk jawatan tersebut… kesemua calon telah menang tanpa bertanding,” katanya.

Tengku Amir Shah pula bertitah FAS akan memberi penekanan kepada beberapa aspek utama antaranya menaik taraf liga-liga Selangor dari aspek pembangunan dan komersial, pembangunan pemain muda dan junior serta pembangunan jurulatih serta pengadil dan kelab.

“Beta harap kita akan terus berkembang bersama. Perubahan ini tidak boleh dibuat seorang diri. Teruskan sokongan anda dan teruskan memberi teguran serta peringatan kepada kami (FAS),” titah baginda pada penutup pembubaran kongres itu.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...