Terima Notis Istana, Musa Bukan Lagi MB Sabah

ISTANA Negeri Sabah hari ini secara rasminya menyerahkan surat notis kepada pihak Tan Sri Musa Aman untuk memaklumkan beliau bukan lagi Ketua Menteri yang sah.

Surat berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Musa, Effendy Sunoh di Restoran BTC Inaman, di Kota Kinabalu, Jam 11.34 pagi.

Rombongan tersebut yang diketuai Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli bersama beberapa anggota polis pada mulanya pergi ke kediaman peribadi Musa di Luyang kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun setibanya di kawasan kediaman itu, mereka dimaklumkan bahawa Musa dan keluarga tiada di rumah.

Membuatkan surat itu diserahkan di restoran berkenaan kerana kebetulan Effendy sedang minum di premis terbabit.

Abinan Asli menyerahkan surat pemberitahuan kepada Effindy Sunoh.

Memetik laporan beberapa media tempatan, kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah bukan lagi Ketua Menteri Sabah, berkuat kuasa pada 12 Mei lalu.

Terdahulu, Musa telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam Khamis lalu setelah kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) memperolehi majoriti dengan memperolehi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun jawatannya hanya bertahan 48 jam setelah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperolehi majoriti mudah 35 kerusi apabila enam Anggota DUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dua dari UPKO berpaling tadah kepada parti Warisan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...