Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Negara Eropah Jual Barang...

LONDON - Negara-negara Eropah yang menjual macam-macam barangan kepada Malaysia boleh diminta supaya...

Ikuti Kempen Haji IG...

MUSIM haji kini tiba lagi... Menunaikan ibadah panggilan Baitullah. Tanah Suci Makkah Al Mukaramah. Suasana...

Banjir: Balai Polis Kuala...

DUNGUN - Balai Polis Kuala Jengai di sini ditutup sementara setelah dinaiki air...

KP Imigresen Dedah Ada...

SHAH ALAM - Wujud individu tertentu yang cuba memalsukan kad sementara atau 'Enforcement...

Terpadamkah Sudah Obor Keadilan Untuk Allahyarham Adib?

SABTU lalu, media melaporkan kes pembunuhan Ahli Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (gambar) dilaporkan berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Mynewshub

Sebenarnya, satu sahaja fokus yang perlu diberikan kepada keluarga Adib, yakni mendapatkan keadilan atas kematian Allahyarham.

Kalau ada fokus lain pun tidak perlu sampai tutup siasatan.

Mynewshub

Kenyataan agak bodoh dari Zuraida itu sebenarnya boleh diulas lanjut dengan soalan bernas yang ditanya Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar:

“Jika siasatan ditutup bagaimanakah bukti baharu akan diperolehi?”

Itu sahaja, mampukah Zuraida atau kerajaan memberikan jawapan kepada soalan mudah ini.

Kita proses sikit senario yang ada. Kes dibuka kalau ada bukti baru…tapi siasatan dihentikan?

Umpama kita akan meraikan kemenangan kalau ada gol…tetapi permainan diberhentikan.

Kalau permainan tidak diteruskan, bagaimana bola nak disumbat ke dalam gawang?


Kita boleh mengandaikan bahawa sebenarnya kes Adib mahu ditutup tetapi disebut sementara untuk menjaga hati masyarakat Melayu yang sangat marah dengan apa yang berlaku kepada Allahyarham.

Mana kita hendak nampak bukti baru kalau bukan pihak berkuasa yang berusaha mendapatkannya?

Takkan rakyat biasa hendak turun menyiasat kes beberapa tahun lalu itu? Apakah polis atau Jabatan Peguam Negara akan memberikan akses kepada fail kes dan bukti yang dikumpul selama ini kalau rakyat biasa yang hendak menyiasat?

Baca: UMNO Gesa Siasatan Kes Kematian Adib Diteruskan

Kalau ada bukti baru pun, mungkin satu hari nanti secara tiba-tiba ada pihak yang mengeluarkan video malam kejadian yang belum pernah ditonton sesiapa sebelum ini.

Namun, itu hanya harapan atau kemungkinan semata-mata, apakah anda rasa perkara seperti itu ada peluang untuk terjadi? Rasanya hampir tidak.

Justeru, dari mana bukti baru akan muncul?

Tanpanya kes akan kekal tertutup. Menjawab persoalan rencana ini, maka benarlah obor keadilan untuk Adib yang meninggal dunia pada 17 Disember 2018 sebagai sudah padam….mungkin padam sepenuhnya. – Mynewshub.TV

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori