Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jentera BN Sedia Tangkis...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jentera pilihan raya Barisan...

Nazri Aziz Cadang Guna...

MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan nama Bestari Jaya kurang...

Puasa 17 Jam, Nabila...

KETIKA semua orang bersemangat mahu menyambut bulan Ramadan bersama dengan keluarga, penyanyi Nabila...

Pengganas Perlu Dihalang Daripada...

WASHINGTON - Dalam membendung keganasan, terdapat keperluan untuk menghalang para pengganas daripada mendapatkan...

Terus Bantu Pendidikan Pelajar Kurang Mampu – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan pihak swasta khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menawarkan biasiswa kepada pelajar miskin dari luar bandar dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata komitmen kerajaan dan pihak swasta menyediakan program tajaan biasiswa pendidikan, akan membantu pelajar miskin luar bandar keluar daripada kepompong kemiskinan serta menyokong usaha meningkatkan modal insan negara.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan biasiswa kepada pelajar miskin luar bandar di seluruh negara yang memenuhi kriteria melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan tenaga di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan institusi pengajian berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Hasan (WARISAN-Papar) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad mahu Perdana Menteri menyatakan pelan bersasar buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga miskin luar bandar di Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat pengajian tinggi dalam jurusan minyak dan gas menerusi biasiswa tajaan PETRONAS dan syarikat terkemuka lain.

Sehingga Jun 2021, Perdana Menteri berkata, PETRONAS membelanjakan kira-kira RM249 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pendidikan serta pembangunan modal insan merangkumi sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk pelajar di Sabah.

Berdasarkan rekod PETRONAS, katanya, seramai 286 orang pelajar cemerlang dari Sabah menerima Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) bagi tempoh 2010 hingga 2020.


“Dalam membantu pelajar lepasan SPM khususnya daripada keluarga miskin luar bandar, PETRONAS memperkenalkan penajaan biasiswa pendidikan iaitu PESP.

“Permohonan program ini terbuka kepada semua pelajar cemerlang lepasan SPM dan pemilihan penerima PESP berdasarkan aspek merit.

“Selain keputusan SPM cemerlang dan pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum, latar belakang sosioekonomi keluarga calon juga diambil kira dalam proses pemilihan bagi memastikan PESP diberi kepada penerima yang layak.

“Setiap calon perlu melalui proses pemilihan yang ketat berfokuskan kepada kemahiran berfikir, kualiti kepemimpinan dan kemampuan untuk bekerja dalam pasukan,” katanya. – BH Online

Kategori