Tiada Gempa Bumi Di Perak – MetMalaysia

IPOH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan mesej tular laporan gempa berkekuatan 5.1 magnitud yang kononnya berlaku di Gua Musang, Kelantan, 59 kilometer dari Timur Laut Ipoh seperti yang dikeluarkan sebuah portal hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, berkata setakat ini tiada kejadian gempa di Perak dan kenyataan yang dikeluarkan portal berkenaan bukan daripada pihaknya.

Mesej tular itu tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat gempa terbabit yang dikeluarkan oleh agensi luar negara.

“Kami menafikan kejadian itu dan sudah mengesan gempa bumi yang sebenar berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 9.38 malam tadi.

“Kami tidak ada mengeluarkan sebarang maklumat gempa bumi pada hari ini dan saya juga ingin menegaskan tiada gempa berlaku di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas laporan portal berkenaan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, media sosial MET Malaysia atau hotline di talian 1-300-22-1638.

Sebuah portal berasaskan gempa bumi melaporkan gempa melanda Ipoh pada jam 9.38 malam waktu tempatan, yang didakwa turut dirasai penduduk di sekitar Kuala Kangsar, Gua Musang, Taiping, Simpang Empat, Bagan Serai, Tapah Road dan Kulim. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...