Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masyati Diumum KP RoS...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai Ketua...

Bapa Michael Jackson Meninggal...

AJAL... Bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson yang juga pengasas kumpulan Jackson 5...

Penangan Drama: Peminat Suruh...

Hai, tak habis-habis lagi cerita pasal pelakon Rindu Awak 200 Peratus ni.. Jika semalam,...

Kira-Kira 15,000 Penduduk Setinggan...

JOHOR BAHRU - Kira-kira 15,000 penduduk setinggan di daerah ini yang tinggal secara...

Tiada Gempa Bumi Di Perak – MetMalaysia

IPOH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan mesej tular laporan gempa berkekuatan 5.1 magnitud yang kononnya berlaku di Gua Musang, Kelantan, 59 kilometer dari Timur Laut Ipoh seperti yang dikeluarkan sebuah portal hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, berkata setakat ini tiada kejadian gempa di Perak dan kenyataan yang dikeluarkan portal berkenaan bukan daripada pihaknya.

Mesej tular itu tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat gempa terbabit yang dikeluarkan oleh agensi luar negara.

“Kami menafikan kejadian itu dan sudah mengesan gempa bumi yang sebenar berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 9.38 malam tadi.

“Kami tidak ada mengeluarkan sebarang maklumat gempa bumi pada hari ini dan saya juga ingin menegaskan tiada gempa berlaku di Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas laporan portal berkenaan.


Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat gempa atau tsunami terkini melalui www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, media sosial MET Malaysia atau hotline di talian 1-300-22-1638.

Sebuah portal berasaskan gempa bumi melaporkan gempa melanda Ipoh pada jam 9.38 malam waktu tempatan, yang didakwa turut dirasai penduduk di sekitar Kuala Kangsar, Gua Musang, Taiping, Simpang Empat, Bagan Serai, Tapah Road dan Kulim. – BERNAMA

Kategori