Tiada Sebab DAP Perlu Spin RUU 355 Sebagai Hudud

MENJELANG dua minggu lagi Sidang Parlimen bermula pada 5 Oktober, tumpuan seluruh negara tentunya pada isu RUU 355 yang akan dibahaskan.

Isu utama ialah usaha konsisten DAP untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam bahawa RUU 355 ialah langkah menuju hudud.

Malah, lebih tragik lagi, DAP cuba menakutkan kaum Cina dengan isu potong tangan.

Kenapa DAP begitu takut?

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyifatkan, tidak ada sebab untuk orang bukan Islam berasa bimbang dengan RUU 355.

“Orang bukan Islam tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam,” kata Dr. Irmohizam.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO paling muda ini, Seksyen 2 Akta 355 menjelaskan, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Justeru, Dr. Irmohizam menjelaskan, sebarang usaha menakutkan mayarakat bukan Islam dengan hudud adalah menyimpang dan bersifat fitnah terhadap Akta Mahkamah Syariah.

Untuk melaksanakan Akta Hudud, katanya, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

“Tiga bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda, dan ini memerlukan undi dua pertiga di Parlimen,” kata Dr. Irmohizam.


Sedangkan katanya, RUU 355 hanya memerlukan undian 112 untuk diluluskan dengan majoriti mudah.

“Malah, ia pernah dipinda pada 1984. Akta ini diperkenalkan pada 1967. Jadi ahli DAP seperti Tan Seng Giaw sendiri berada dalam Parlimen ketika pindaan 1984,” kata Dr. Irmohizam.

Seng Giaw patut menjadi pakar rujuk DAP kerana dia saksi pindaan itu dibentang dan diluluskan. Malah, Dr. Irmohizam menyifatkan, DAP sengaja memberi reaksi terperanjat, sekali pun menyedari RUU 355 tiada kaitan dengan pelaksanaan terhadap bukan Islam.

Malah, RUU 355 bukan Akta Hudud kerana ia hanya membabitkan kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi kes-kes zina, fitnah zina dan arak.

Bagi kes jenayah jelas Dr. Irnohizam, termasuk jenayah bunuh, rogol dan samun, semuanya kekal di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

“Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan,” jelas Dr. Irmohizam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...