Tidak Bawa MyKad Boleh Dipenjara, Denda

KUANTAN – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membawa kad pengenalan atau MyKad ketika berada di luar rumah bagi memastikan identiti mereka dapat dikenal pasti sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang, Mohamad Abdullah berkata, kegagalan mengemukakan MyKad semasa diperiksa juga boleh dikenakan tindakan.

“Mereka yang didapati gagal mengemukakan MyKad dikenakan tindakan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Bagi peruntukan di bawah peraturan ini, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, JPJ Negeri Pahang dan JPN Negeri Pahang mengadakan Ops Khas secara kolaboratif di sekitar daerah ini.

Operasi itu diketuai Pegawai Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPPP), Amirudin Ahmad bersama 13 anggota, manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN pula diketuai Shahzan Amir Mohd Noor bersama tiga pegawai.

Dalam operasi itu, Mohamad berkata, pihaknya melakukan semakan terhadap 118 pemegang MyKad dengan menggunakan peralatan unit terminal mudah alih.


“Hasil semakan itu, dua amaran telah diberikan kepada individu kerana menggunakan MyKad yang telah rosak dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Dua lagi tangkapan membabitkan warga Kemboja kerana tiada dokumen pengenalan diri. Mereka telah diserahkan ke Jabatan Imigresen Pahang,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar berkata, sebanyak 243 kenderaan dan pemandu telah diperiksa dalam operasi tersebut.

Pihaknya juga mengesan beberapa kesalahan berkaitan lalu lintas iaitu 73 kes tidak memiliki lesen memandu dan 49 kes cukai jalan tamat tempoh.

“Sebanyak 43 kes kesalahan tiada perlindungan insurans, selain 11 kesalahan teknikal dan 24 lain-lain kesalahan menjadikan jumlah keseluruhan ialah 200 kes daripada 83 buah kenderaan yang diambil tindakan,” jelas beliau.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...