Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Lelaki Curi Duit Tabung...

JOHOR BAHRU - Lelaki yang tular dalam sebuah video yang menunjukkannya diikat serta...

PKNS FC Selangkah Ke...

KUALA LUMPUR - Pasukan Liga Perdana, PKNS FC, hampir pasti ke separuh akhir...

Lebih 700,000 Murid Terima...

MELAKA - Program Susu Sekolah (PSS) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan...

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang...

Tiga Bangunan Di Perlis Diwartakan Sebagai Tapak Warisan

KANGAR: Tiga bangunan di Perlis iaitu Istana Arau, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lama dan Masjid Alwi diwartakan sebagai tapak warisan setakat ini, yang perlu dipelihara dan dipulihara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Asmaiza Ahmad berkata, Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama kerajaan negeri mewartakan Istana Arau dan Bangunan SUK lama pada 24 Februari 2011 manakala Masjid Alwi diwartakan pada 2 Februari 2018.

“Ketiga-tiga bangunan ini sentiasa dijaga baik dan diselenggara secara berkala,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini

Beliau menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) yang ingin tahu usaha dan tindakan kerajaan negeri memelihara dan memulihara tapak sejarah serta prasejarah dalam negeri ini.

Asmaiza berkata kerajaan negeri sentiasa komited memastikan tapak sejarah dan prasejarah terus kekal terpelihara sekali gus memberi impak kepada industri pelancongan negara mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.


Beliau berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dalam melaporkan sebarang jumpaan yang mempunyai nilai warisan kepada pihak Jabatan Warisan Negara.

“Oleh itu, semua pihak harus memberi kerjasama erat bagi memelihara khazanah ini agar tiada pihak mengambil kesempatan dan menceroboh kawasan yang mempunyai nilai sejarah ini.

“Tempat sejarah dan prasejarah merupakan satu aset sangat berharga yang melambangkan identiti sesebuah negeri, latar belakang sejarah inilah yang akan membentuk wajah serta jati diri bangsa Malaysia,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori