Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Kongsi Gelap Terlibat...

KLANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang...

Cukai Minuman Bergula Berkuatkuasa...

PUTRAJAYA - Cukai minuman bergula mula berkuat kuasa hari ini dengan semua syarikat...

Ismail Sabri Serlahkan Ciri...

KUALA LUMPUR : Penggunaan bahasa Melayu di pentas forum antarabangsa dan mesyuarat dua...

USNS Mercy Berlabuh Kali...

PELABUHAN KLANG - USNS Mercy, kapal hospital Amerika Syarikat yang berpangkalan di San...

Tiga Bersaudara Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh Depan Warung

IPOH: Tiga bersaudara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dicekik dalam pergaduhan di hadapan sebuah warung di Pasar Pagi Flat Ashby, Sungai Senam di sini semalam.

Perintah reman ke atas kesemua lelaki berusia 34 hingga 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas menerima permohonan pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan lelaki pertama adalah seorang peniaga berusia 34 tahun, lelaki kedua adalah bapanya yang merupakan seorang pesara berusia 60 tahun manakala lelaki ketiga pula seorang peniaga berusia 47 tahun yang juga saudara anak-beranak tersebut.

Terdahulu, kesemua mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 11 pagi dengan diiringi polis.


Semalam, seorang lelaki, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dipercayai akibat dicekik semasa bergelut dalam pergaduhan dengan tiga lelaki kerana dikatakan mencuri ‘portable speaker’.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori