Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Maut Nahas Trak...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tiga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah...

“Jika Saya Terlibat, Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekiranya...

Isu GST Kurma Punca...

KUALA KANGSAR - Ibarat gempar sahaja lebih, tidak seperti yang dihebohkan sebelum ini,...

“Kita Tunggu Azmin Jawab...

KUALA LIPIS - Isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka FELDA akan dijawab...

Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Aibkan Imej Parlimen

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa anggota Parlimen pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 mengaibkan imej Parlimen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka sepatutnya menghormati proses demokrasi, serta segala nilai yang bersangkut paut dengan amalan demokrasi.

“Ini penting kerana di negara maju pun mereka boleh berbeza pendapat tetapi tidak berkelakuan sedemikian. Ini (tindakan keluar Dewan Rakyat) mengaibkan imej Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Pembangkang daripada DAP, PKR dan PAN serta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet bertema ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’ masih berlangsung.

Baca: Pembangkang ‘Berpecah’ – PAS, Shafie Enggan Boikot Bajet

Kumpulan anggota Parlimen pembangkang terbabit turut membuat kecoh dengan mempamerkan plakad bernada sinis sebelum berbuat tindakan demikian.

Najib menegaskan walaupun berbeza pendapat dan ideologi, semua pemimpin tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang harus saling hormat menghormati.


“Kita mesti bersopan, tunjuk tingkah laku yang mulia kerana kita ini adalah pemimpin, tidak kira pembangkang atau kerajaan.

“Jadi pemimpin mesti tunjuk tingkah laku baik supaya kita dihormati rakyat dan kemuliaan sistem demokrasi Parlimen kita juga kena jaga,” katanya.

Najib berkata rakyat perlu menilai perangai pembangkang dan membuat keputusan apabila sampai masanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori