TLDM Terima Kapal Misi Pesisir Baharu

PAPAR: Keselamatan perairan di Sabah bakal lebih terjamin berikutan sebuah lagi aset baharu Kapal Misi Pesisir (LMS), Rencong diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sabah, hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata aset terbabit adalah kapal LMS keempat yang diterima TLDM, di sini selepas Kapal Diraja (KD) Keris, KD Sundang dan KD Badik.

Menurutnya, penyerahan fizikal Rencong telah dilaksanakan pada 18 Disember tahun lalu di Qidong, China.

Mengulas lanjut, katanya, Rencong bakal menerima pentauliahan pada 28 Januari ini seterusnya menyertai Skuadron LMS Ke-11 yang di pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

“Misi utama skuadron kapal ini adalah bagi menangkis ancaman asimetri, pengawasan kawasan operasi, rondaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), tugas-tugas sokongan kepada Military Operation Other Than War (MOOTW) serta sebagai platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik mahupun perang.

“LMS adalah sebuah daripada lima kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15 to 5.

“Kontrak perolehan empat buah LMS ini telah dimeterai di antara Kementerian Pertahanan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC),” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas sesi taklimat sempena lawatan kerjanya di Markas Divisyen Kelima Infrati Kem Lok Kawi, di sini, hari ini

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, dan Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut berkata TLDM bakal memanfaatkan empat kapal LMS terbabit sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan Sabah.

“Ini termasuklah melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut serta menangani aktiviti pelanunan,” katanya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...